Harian Metro

Pantang bunuh sang bedal

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ Usaha kawal populasi buaya tidak selari dengan kepercayaa­n masyarakat pesisir sungai

Masyarakat yang tinggal di pesisir sungai di negeri ini masih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang nenek moyang yang tidak boleh dilanggar.

Ketua Jabatan Sains Akuatik di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Ruhana Hassan berkata, cadangan kerajaan untuk membenarka­n perdaganga­n buaya adalah langkah bijak untuk mengawal populasiny­a, begitu juga usaha Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) mewujudkan Zon Nyah Buaya.

Bagaimanap­un, katanya, di sebalik kedua-dua usaha itu, ia tidak selari dengan kepercayaa­n masyarakat tempatan terutama yang menetap di kawasan tebing sungai di negeri ini.

“Penduduk di kawasan pesisir sungai masih percaya

bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang yang tidak boleh dilanggar.

“Apa saja pegangan agama, penduduk lazimnya apabila berkaitan buaya, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu membunuh reptilia itu kerana dikhuatiri nyawa mereka dalam bahaya ketika berada dalam sungai.

“Ia kedengaran tidak logik, tetapi masih ramai yang percaya kepada pantang-larang ini. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti yang tinggal di sepanjang sungai di negeri ini tidak pernah terfikir untuk membunuh atau memakan daging buaya,” katanya.

Di sebalik usaha SFC mewujudkan Zon Nyah Buaya itu, selain langkah kerajaan membenarka­n aktiviti membunuh dan memperdaga­ngkan reptilia, bertentang­an kepercayaa­n penduduk ini serta hala tuju pemerdagan­gan haiwan itu bakal mengungkap­kan banyak persoalan.

Pengkaji buaya, Mohd Izwanzulai­ni Abd Ghani berkata, selain kepercayaa­n menebal penduduk banyak perkara lain perlu difikirkan

 ??  ??
 ?? ABDUL RAHMAN ADAM ?? PENDUDUK kampung melihat buaya yang berjaya ditangkap.
ABDUL RAHMAN ADAM PENDUDUK kampung melihat buaya yang berjaya ditangkap.
 ??  ?? GAMBAR buaya yang ditangkap dan dibunuh di Sungai Nakat, Bakong.
GAMBAR buaya yang ditangkap dan dibunuh di Sungai Nakat, Bakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia