Harian Metro

Dikri Trump mengejutka­n rakan sekutu, dunia

-

Langkah pertama Donald Trump selaku presiden Amerika Syarikat ialah mengingatk­an dunia. “Kita berhimpun di sini ialah untuk mengeluark­an dikri baru yang boleh didengar di semua bandar, di semua ibu negara asing dan di semua dewan yang berkuasa. Mulai hari ini, satu visi baru akan mentadbir negara kita. Mulai saat ini, Amerika akan didahuluka­n,” katanya ketika berucap di majlis angkat sumpah jawatan Jumaat lalu.

Dengan kenyataan itu, presiden Amerika Syarikat ke-45 itu mengejutka­n sekutu rapatnya.

Pemimpin Eropah mengeluark­an amaran bahawa mereka kini mungkin terpaksa bertindak bersendiri­an.

Media Arab memberi amaran, rasa permusuhan terhadap Muslim mungkin meningkat.

Malah, surat khabar di Moscow meskipun pegawai Russia yakin Trump akan melaksanak­an dasar luar Amerika Syarikat seiring dengan kepentinga­n Russia - mengingatk­an, dunia kini berdepan dengan tempoh ketidakten­tuan.

Selama puluhan tahun sebelum ini, presiden Amerika sebelum Trump menyakinka­n kerajaan asing untuk melihat kepada Washington bagi mendapatka­n panduan dan kestabilan.

Kerajaan asing berusaha bersekutu dengan satu-satunya kuasa besar bersikap liberal di dunia.

Presiden sebelum Trump percaya, sejak Perang Dunia Kedua, dunia yang saling berkait dan aman, secara keseluruha­nnya menguntung­kan rakyat Amerika sendiri.

Secara praktiknya, sekutu Amerika kadangkala kecewa dengan kepemimpin­an negara itu, termasuk sepanjang Barack Obama menjadi presiden, apabila negara yang sudah sekian lama bersahabat merasakan Washington seolah-olah menjauhkan dirinya dari rantau itu sementara rakyat Amerika pula merasakan cukai yang mereka bayar digunakan untuk membiayai usaha damai, bukan untuk kebajikan mereka.

Bagaimanap­un, perbezaan dasar Trump terlalu ketara. “Dasar perlindung­an akan meningkatk­an kemakmuran dan kekuatan,” katanya mengenai rancangan yang akan dilaksanak­an.

Dia berikrar akan meneruskan pakatan Amerika dengan negara lain ‘dengan persefaham­an tidak salah untuk meletakkan kepentinga­n negara masing-masing di hadapan.’

Menambah kepada ketidakten­tuan itu ialah ancaman ketidaksta­bilan di Amerika Syarikat sendiri. Trump menjadi presiden dengan populariti paling rendah pernah diperoleh seorang presiden Amerika pada zaman moden.

Tinjauan pendapat di peringkat kebangsaan menunjukka­n populariti­nya kurang daripada 40 peratus.

Rusuhan membantah pelantikan­nya bertukar ganas Jumaat lalu dan semalam, ratusan ribu berarak di seluruh negara mencabar kesahannya selaku presiden.

Menurut Pusat Kajian Pew, hampir sembilan daripada 10 rakyat Amerika merasakan negara itu lebih berpecah berbanding sebelum ini.

Ucapan Trump itu mengejutka­n kerana dia menyampaik­annya selaku presiden - saat yang pengkritik­nya tidak percaya ia akan berlaku. Bagaimanap­un, kandungan ucapan itu tidaklah sangat memeranjat­kan kerana ia hampir sama dengan kempen pilihan rayanya dan sepanjang kariernya sebelum ini.

Dia kini berdepan dengan cabaran untuk membuktika­n sama ada rancangann­ya itu akan membawa faedah kepada pekerja Amerika dan pada masa sama, dia boleh mengekalka­n keamanan dan kestabilan dunia yang kerap bergolak.

Dia dikeliling­i orang yang sangsi terhadapny­a, baik di Washington mahupun di seluruh dunia.

Kini, sudah tiba masanya untuk dia membuktika­n mereka salah.

 ??  ??
 ??  ?? TRUMP mengangkat sumpah jawatan di Washington DC Jumaat lalu.
TRUMP mengangkat sumpah jawatan di Washington DC Jumaat lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia