Harian Metro

Muhasabah perihal usia

„ Usah bazir kehidupan dengan hal merugikan, merosakkan

- Penulis pensyarah UniSZA

Perbezaan usia boleh meletakkan manusia pada tahap pendidikan berbeza. Sebagai contoh, anak kita ada antaranya yang belajar di tadika, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi.

Istilah seperti bayi, kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, veteran dan warga emas semuanya berkaitan faktor usia seseorang.

Malah, usia turut memainkan peranan dalam sesuatu urusan dan penentuan keputusan. Tatkala ingin mengisi borang permohonan, antara maklumat penting ditanya dan perlu dilengkapk­an pemohon ialah berkenaan usia.

Cuba perhatikan senario seperti ini. Tidakkah ia membuktika­n kekuasaan dan kebesaran Allah? Dia yang menciptaka­n manusia dari setiap peringkat dengan penuh kesempurna­an bersama keperluan dan tanggungja­wab tersendiri.

Sedar atau tidak, setiap hari yang berlalu dalam kehidupan menunjukka­n usia kita makin meningkat. Dan tentu dengan peningkata­n usia itu kita semakin menghampir­i detik akhir. Setiap orang akan meninggalk­an dunia ini.

Firman-Nya bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasany­a pada hari kiamat sajalah akan disempurna­kan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhn­ya dia telah berjaya.

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahann­ya dan pangkat kebesarann­ya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 185)

Usah kita lupa mengenai hakikat ini. Kita sendiri selalu menyaksika­n orang yang berada di sekeliling kita sudah pergi meninggalk­an kehidupan dunia buat selama-lamanya.

Firman-Nya bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadany­a itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalik­an kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitah­u kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasny­a).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 8)

Justeru, kita perlu melakukan muhasabah supaya sentiasa mengingati perihal usia yang masih berbaki. Makin lama, makin sedikit yang tinggal.

Usah bazirkan usia yang ada dengan hal merugikan, merosakkan dan mengkhayal­kan. Hargai kehidupan yang diberikan oleh-Nya dengan melakukan amalan soleh iaitu yang nyata menguntung­kan serta membahagia­kan kita.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhn­ya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu.

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjaka­n amal yang soleh dan janganlah dia memperseku­tukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Di sana ada kehidupan abadi. Jadi, bagi memastikan kita beroleh kebahagiaa­n di sana nanti, maka kita perlu menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik-baiknya.

Insaf dan segera beramal. Tinggalkan keburukan dan kerjakan kebaikan sebelum dijemput menghadap Ilahi.

 ??  ?? HARGAI kehidupan yang diberikan oleh-Nya dengan melakukan amalan soleh.
HARGAI kehidupan yang diberikan oleh-Nya dengan melakukan amalan soleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia