Harian Metro

Sunah bernafas 3 kali ketika minum

-

Pakaian penghuni syurga

Daripada Abu Rimtsah Rifa’ah at-Taimiy RA, dia berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengenakan dua pakaian hijau.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi dengan sanad sahih)

Huraian:

Intisari hadis ini ialah dibolehkan mengenakan pakaian hijau.

Ibnu Bathal berkata: “Pakaian hijau termasuk pakaian penghuni syurga dan cukuplah hal itu menjadi suatu kemuliaan.”

Bernafas tiga kali

Daripada Anas RA: “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Maksudnya bernafas di luar bekas.

Hadis ini mengandung­i penjelasan disunahkan bernafas tiga kali ketika minum. Boleh juga bernafas hanya sekali sebagaiman­a yang disebutkan dalam beberapa riwayat.

Elak bernafas dalam bekas

Daripada Ibnu Abbas RA: “Bahawa Nabi SAW melarang daripada bernafas dalam bekas atau meniup ke dalamnya.” (Riwayat at-Tirmidzi, dan dia berkata, hadis hasan sahih) Huraian:

Larangan meniup dan bernafas di dalam bekas supaya tidak membuat kotor minuman atau makanan. Boleh minum berdiri Daripada Ibnu Abbas RA: “Aku pernah memberi minum Nabi SAW daripada air zamzam. Maka, Baginda minum, sedang Baginda berdiri.” (Riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Nasai)

Huraian:

Hadis ini menunjukka­n bolehnya minum sambil berdiri kerana suatu alasan.

Ada yang mengatakan Nabi SAW pernah minum sambil berdiri sebab sempitnya ruang untuk duduk.

Daripada an-Nazzal bin Sabrah RA, dia berkata:

“Ali RA pernah datang membawa air dan berdiri di depan pintu Rahbah, lalu beliau minum sambil berdiri. Kemudian, beliau berkata: Aku pernah lihat Rasulullah SAW melakukann­ya sebagaiman­a kamu melihatku saat ini.” (Riwayat al-Bukhari) Huraian:

Hadis ini terdapat keharusan minum sambil berdiri sesekali waktu.

Daripada Ibnu Umar RA, dia berkata: “Adalah kami makan pada masa Rasulullah SAW, sedang kami berjalan. Dan kami minum, sedang kami berdiri.” (Riwayat at-Tirmidzi, dan dia berkata, hadis sahih) Huraian:

Hadis ini mengandung­i hukum kebolehann­ya, yakni tidak diharamkan sekalipun dilarang kerana laranganny­a bersifat tanzih (tidak sampai tahap haram).

Daripada Amru bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya RA, dia berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW minum dalam keadaan berdiri dan duduk.” (Riwayat at-Tirmidzi dan dia berkata, hadis hasan sahih)

Huraian:

Menurut jumhur ulama, hadis ini mengandung­i hukum kebolehann­ya. Atau keterpaksa­an berupa sempitnya ruang membawanya kepada hukum itu. Adapun minumnya Nabi SAW sambil duduk, maka lebih kerap dilakukan Baginda.

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang daripada minum sambil berdiri. Maka, sesiapa lupa, hendaklah dia memuntahka­nnya.” (Riwayat Muslim)

Huraian:

Larangan ini termasuk larangan tanzih (tidak sampai tahap haram). Sedangkan memuntahka­n dihukumkan sunah jika minum berdiri tanpa suatu alasan.

- Sumber: Riyadus Solihin dan Penjelasan­nya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia