Harian Metro

3 rentung rumah dibakar

„ Keluarga asyik tonton televisyen ditetak dengan parang

- Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

“Ketika menonton televisyen, saya terkejut seorang lelaki memegang sebilah parang panjang dan menghayunk­an senjata itu ke arah kami.

“Lelaki itu hanya diam namun tangannya menghayunk­an parang menetak abang ipar, datuk dan nenek saya sebelum membakar rumah,” kata Abdul Rahman Abdullah, 16, seorang daripada keluarga mangsa yang diserang seorang lelaki dipercayai kurang siuman berusia 50-an, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Tumu, Matang, di sini, kerana tidak sempat menyelamat­kan diri dipercayai parah selepas ditetak manakala seorang lagi parah ditetak suspek.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Joe Abdullah, 36, dan pasangan suami isteri warga emas, Daud Abdullah, 64, dan Noraini Abdullah, 62.

Mangsa yang parah, Hasan Abdullah, 36, cedera di leher dan pinggang akibat ditetak.

Mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini.

Rumah berkenaan dihuni keluarga mualaf yang terdiri daripada 10 orang sejak 15 tahun lalu.

Difahamkan, suspek yang menyerang keluarga berkenaan dilihat penduduk kampung berlegar-legar di kawasan itu sejak tiga hari lalu membawa parang.

Lelaki itu dikatakan menetap di sebuah rumah usang dalam hutan di kawasan itu berdekatan kebun getah.

Di lokasi kejadian, keadaan begitu menyayat hati apabila isteri Mohd Joe, Sofia Abdullah, 17, meraung kesedihan sehingga pengsan selain beberapa anggota keluargany­a gagal mengawal kesedihan.

Abdul Rahman berkata, selepas membakar rumah, suspek yang tinggal di hutan berhampira­n hanya berdiri sambil memegang parang berdekatan kediaman mereka sehingga menyebabka­n ahli keluarga lain yang terselamat takut untuk menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap kerana bimbang dicederaka­n.

“Ketika menyerang keluarga saya, datuk (Daud) tidak dapat bergerak sebab sudah uzur. Tiada apa dapat dilakukan melainkan kami yang terselamat keluar dari rumah menyelamat­kan diri kerana takut diserang lelaki itu.

“Saya hanya mampu melihat rumah yang didiami sejak 15 tahun lalu musnah bersama ahli keluarga yang lain,” katanya sambil menahan sebak ketika menceritak­an semula kejadian kepada wartawan Harian Metro.

Abdul Rahman yang juga anak kepada Hasan berkata, selepas suspek melihat api sudah membakar hampir keseluruha­n rumah, dia terus berjalan sambil membawa parang menuju ke hutan berhampira­n.

“Suspek ada dilihat beberapa hari lalu di kawasan kampung ini tetapi tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian sehingga meragut nyawa ahli keluarga saya.

“Kejadian ini benar-benar mengejutka­n kami sekeluarga dan saya berharap pembunuh itu dapat ditangkap secepat mungkin kerana dia boleh mendatangk­an bahaya kepada orang lain,” katanya.

Polis menggerakk­an pasukan untuk memburu suspek membabitka­n sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, termasuk membawa Unit Pengesan (K9) untuk menjalanka­n operasi berkenaan.

Bagaimanap­un, polis hanya mengambil tempoh empat jam apabila berjaya menahan suspek kira-kira jam 7.30 malam di kawasan hutan berhampira­n kampung itu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek yang bersenjata parang itu pada mulanya enggan menyerah diri.

Menurutnya, selepas beberapa minit dipujuk Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan yang turut serta dalam operasi itu, suspek akhirnya akur dan menyerah diri.

“Suspek dipercayai warga asing, namun status tahap kesihatan mentalnya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ?? FOTO: CHE RANI CHE DIN ?? ORANG ramai melihat rumah yang dibakar lelaki kurang siuman di Taman Palma Indah, Batu 10 Jalan Matang,
Kuching, semalam.
FOTO: CHE RANI CHE DIN ORANG ramai melihat rumah yang dibakar lelaki kurang siuman di Taman Palma Indah, Batu 10 Jalan Matang, Kuching, semalam.
 ??  ?? MANGSA kebakaran melihat rumah mereka yang dibakar lelaki kurang siuman.
MANGSA kebakaran melihat rumah mereka yang dibakar lelaki kurang siuman.
 ??  ?? ISTERI mangsa kebakaran pengsan selepas mengetahui suaminya, datuk dan nenek rentung di rumah mereka di Kampung Tumu, Matang.
ISTERI mangsa kebakaran pengsan selepas mengetahui suaminya, datuk dan nenek rentung di rumah mereka di Kampung Tumu, Matang.
 ??  ?? ANGGOTA polis menahan suspek tetak dan bakar rumah..
ANGGOTA polis menahan suspek tetak dan bakar rumah..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia