Harian Metro

Cemar nama Agong

„ PKDK tak tolak kerabat diraja jual Datuk, Datuk Seri

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

Istana Kelantan tidak menolak kemungkina­n terdapat ahli kerabat diraja menjadi dalang sindiket penjualan pingat Datuk dan Datuk Seri dengan nilai cecah RM200,000.

Kegiatan itu dikesan aktif sejak 2011 sehingga kini dan lebih 10 laporan polis dibuat dalam tempoh itu termasuk yang terbaru pada 10 Januari lalu.

Bendahari Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan (PKDK) Al Muhammadi, Datuk Tengku Ibrahim Tengku Feissal berkata, pihaknya kesal ada pihak yang melakukan kegiatan begitu termasuk menggunaka­n nama Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V untuk mengaut keuntungan.

Beliau berkata, perbuatan berkenaan juga menjejaska­n nama baik dan kehormatan kerabat diraja negeri itu, malah mangsa yang tertipu rata-ratanya ahli perniagaan yang mengingink­an pangkat kebesaran.

“Kami kesal kerana individu terbabit sanggup berbuat demikian semata-mata untuk mendapatka­n wang secara mudah dan mengaut keuntungan peribadi hingga membelakan­gkan undang-undang. “Mereka menggunaka­n nama Yang di-Pertuan Agong ke 15, Sultan Muhammad V dan Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi untuk menarik perhatian mangsa.

“Sedangkan pertubuhan kita tidak pernah mengeluark­an sebarang kad keahlian mahupun pelekat kenderaan seperti didakwa kepada pihak luar mahupun kerabat sendiri,” katanya dalam sidang media di Istana Balai Besar di sini, semalam.

Hadir sama Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Untuk itu, beliau menyeru mangsa yang tertipu dengan penipuan sedemikian membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.

Katanya, ia bagi melindungi nama baik Sultan Kelantan dan kerabat diraja daripada tercemar.

 ??  ?? TENGKU Ibrahim (kanan) bersama Tengku Abdul Halim (tengah) menunjukka­n bukti penyalahgu­naan nama Yang di-Pertuan Agong ke-15.
TENGKU Ibrahim (kanan) bersama Tengku Abdul Halim (tengah) menunjukka­n bukti penyalahgu­naan nama Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia