Harian Metro

Tangani jenayah melalui kejiranan selamat

-

Kuala Lumpur: Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat melalui inisiatif bandar atau kejiranan selamat perlu dibentuk dalam pencegahan jenayah selaras usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan Malaysia negara selamat dan sejahtera.

Naib Presiden Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dalam konteks Malaysia, ia mewa- kili kerjasama menangani je- nayah menerusi reka bentuk persekitar­an, pembanguna­n komuniti dan pendidikan.

“Bandar raya atau kejiranan selamat bermaksud bebas daripada jenayah atau ketakutan terhadap jenayah.

“Terma ini digunakan untuk inisiatif yang sama di negara maju,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama rapat antara agensi penguat kuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat, syarikat perniagaan serta orang ramai mampu menyelesai­kan jenayah dan meningkatk­an kepercayaa­n terhadap polis.

“Sejak ditubuhkan, MCPF sudah mempromosi inisiatif itu sebagai pendekatan kepolisan masyarakat terbaik.

“Ia adalah idea MCPF un- tuk mewujudkan persekitar­an hidup selamat dengan mengurangk­an kemungkina­n berlakunya jenayah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, semua pihak perlu bekerjasam­a termasuk perancang dan arkitek bandar yang merancang reka bentuk sehinggala­h ke pemaju yang membangunk­an, kakitangan awam yang menguruska­n dan mereka yang menghuni bandar berkenaan.

“Di bawah konsep Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitar­an atau CPTED, reka bentuk sesuai dan penggunaan efektif persekitar­an fizikal mampu mengurangk­an jenayah serta meningkatk­an kualiti kehidupan,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia