Harian Metro

Telekung putih atas tanah

„ Mimpipelik­wanitapeta­ndaanak angkat maut motosikal bertembung bas

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman am@hmetro.com.my

“Ketika pulang dia langsung tidak menoleh ke belakang seperti kebiasaann­ya sebelum saya dikejutkan berita dia terbabit kemalangan jam 6.30 petang semalam (kelmarin),” kata Afidah Ahmad, ibu angkat kepada Mohd Shakir Aiman Samsudin, 20, penuntut di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Jitra yang terbunuh dalam kemalangan dengan bas, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Kampung Sungkup, Jalan Bukit Selambau, di sini, mangsa menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Bukit Selambau.

Afidah, 49, berkata, sehari sebelum kejadian dia bermimpi melihat telekung putih terpisah di atas tanah berhampira­n lubang namun tidak mengetahui maksudnya menyebabka­n hatinya tidak tenteram.

Katanya, selepas menerima berita kemalangan anak angkatnya yang mesra disapa Kat kelmarin, barulah dia menyedari maksud mimpi itu.

“Kat yang belajar di ILP Jitra pulang ke rumah saya di Chahrok Tok Min, Kubur Panjang, Pendang Khamis lalu selepas habis belajar.

“Dia datang kerana ingin mengikut suami saya (Roslan Darus, 51) ke Sungai Buloh, Selangor menghantar beras ke sana,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau, di sini, semalam.

Afidah berkata, mereka bertolak ke sana jam 6.30 petang dan pulang ke Kedah pagi kelmarin sebelum dia menjemput mereka di bengkel lori di Alor Setar jam 12 tengah hari dan pulang semula ke rumah.

“Saya ketika itu memasak ayam masak sambal dan ikan talang untuknya namun dia memberi alasan kenyang selepas makan bersama suami di kedai makan.

“Saya menyuruh dia mandi dan berehat kerana keletihan namun Kat memberitah­u ingin pulang ke rumah ibu kandungnya (Sabariah Bakar, 40) di Taman Cempaka, Bukit Selambau jam 3.40 petang,” katanya.

Menurutnya, anak sulung daripada empat adik beradik itu sering kali memberitah­u ingin bekerja dengan syarikat perkapalan di Langkawi selepas tamat belajar dalam bidang automotif kerana ingin membantu ibu dan adiknya selepas kematian bapa mereka sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, rakan dan teman serumah mangsa, Muhammad Fakhrul Islam Hamdi, 20, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah Khamis lalu apabila habis kelas dan mangsa memberitah­u ingin segera ke rumah keluarga angkatnya.

“Arwah sering memberitah­u ingin bekerja selepas tamat belajar untuk membantu keluargany­a yang susah selepas kematian bapanya.

“Saya berada di rumah di Kampung Sungkup dan sebaik mengetahui kejadian itu saya terus ke lokasi dan melihat Shakir terbaring berlumuran darah di atas jalan raya, namun saya tidak berani mendekatin­ya,” katanya.

Muhammad Fakhrul berkata, ibu Mohd Shakir Aiman yang tiba tidak lama kemudian turut rebah apabila melihat jasad anaknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Bukit Selambau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang berselekoh, motosikal mangsa memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan bas. Pemandu bas berusia 52 tahun itu cuba mengelak namun gagal sebelum motosikal mangsa merempuh depan kenderaan itu dan tercampak.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal dinaiki Mohd Shakir Aiman yang maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan bas di Kampung Sungkup, semalam.
KEADAAN motosikal dinaiki Mohd Shakir Aiman yang maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan bas di Kampung Sungkup, semalam.
 ??  ?? AFIDAH tidak dapat menahan kesedihan.
AFIDAH tidak dapat menahan kesedihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia