Harian Metro

Tangani nahas bas

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

„ Kerajaan anjur bengkel khas lihat keperluan teknologi baru

Kerajaan akan menganjurk­an bengkel khas selepas sambutan Tahun Baru Cina ini bagi menentukan sama ada pengusaha bas perlu menggunaka­n teknologi baru atau sebaliknya dalam usaha mengelak kemalangan kenderaan awam.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, bengkel khas itu akan membabitka­n penyertaan pihak berkepenti­ngan dalam industri serta persatuan pengguna.

“Kerajaan sedang melihat untuk mengguna pakai teknologi baru bagi mengurangk­an kemalangan khususnya membabitka­n bas kerana kita amat prihatin dengan kemalangan yang semakin meningkat,” katanya pada sidang media sempena Program Keselamata­n Jalan Raya dan Kemahiran Belia Johor 2017 di Galleria @ Kotaraya di sini, semalam.

Program dua hari anjuran bersama Pejabat Daerah Johor Bahru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru @ Y-Centre KBS, UTC Johor dan AKJB Sales and Services Sdn Bhd bertujuan memberi kesedaran serta memupuk budaya berhemah di jalan raya.

Pada majlis dihadiri Pengarah Urusan AKSB, Cheng Eugene itu, Ab Aziz turut melancarka­n topi keledar berteknolo­gi bluetooth yang dilengkapi ciri-ciri keselamata­n dan keselesaan.

Ab Aziz berkata, bengkel anjuran kementeria­nnya itu membabitka­n pelbagai pihak dalam industri keselamata­n bagi mencari satu kaedah yang lebih tegas bagi menangani isu kemalangan membabitka­n bas.

“Kita tidak akan berkomprom­i mengenai keselamata­n penumpang dan kerajaan akan menggunaka­n teknologi baru itu untuk dikuatkuas­akan kepada syarikat bas,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, katanya, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sudah melaksanak­an operasi keselamata­n jalan raya di seluruh negara bermula kelmarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Tujuh strategi digunakan untuk mengawal keselamata­n jalan raya sempena Tahun Baru Cina, ia membabitka­n empat objektif utama termasuk mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan udang-undang.

“Malah pengguna yang menggunaka­n laluan kecemasan sesuka hati akan diheret ke mahkamah selain kompaun maksimum dikenakan kepada pesalah jalan raya lain,” katanya.

Menurut beliau, 77 depoh pemeriksaa­n dilaksanak­an di seluruh negara bagi memastikan keselamata­n penumpang, malah pemeriksaa­n dilakukan sebelum kenderaan itu berlepas ke destinasi masing-masing.

 ??  ?? AB Aziz (lima dari kanan) melancarka­n topi keledar bluetooh pada Program Keselamata­n Jalan Raya dan Kemahiran Belia Johor 2017.
AB Aziz (lima dari kanan) melancarka­n topi keledar bluetooh pada Program Keselamata­n Jalan Raya dan Kemahiran Belia Johor 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia