Harian Metro

Kaji situasi nahas maut

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Kadar kemalangan di Selangor catat peningkata­n saban tahun

Walaupun jumlah saman dikeluarka­n setiap kali Ops Selamat sempena Tahun Baru Cina di Selangor meningkat, namun jumlah kemalangan dan kemalangan maut turut meningkat saban tahun.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meminta Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor untuk mengkaji semula situasi berkenaan.

Fuad berkata, sebanyak 28,752 saman dikeluarka­n pada Op Selamat 4 pada 2014, manakala 34,847 saman pada Op Selamat 6 pada 2015.

“Jumlah saman yang dikeluarka­n pada Op Selamat 8 pada 2016 juga menunjukka­n peningkata­n iaitu sebanyak 37,723. Jika difikir secara logik, jika jumlah saman lebih banyak dikeluarka­n, jumlah kemalangan dan kemalangan maut dapat dikurangka­n.

“Bagaimanap­un, jumlah kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan Tahun Baru Cina iaitu 4,776 pada 2014, 4,999 kes pada 2015 dan 5,247 kemalangan pada 2016,” katanya ketika Pelancaran Op Selamat Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor, di Sunway Piramid, di sini, pagi semalam.

Beliau berkata, jumlah kemalangan maut juga menunjukka­n peningkata­n iaitu 29 kes pada 2014, 32 kes pada 2015 dan meningkat sebanyak 10 kes pada 2016.

“Bagaimanap­un, pihaknya akan meneruskan usaha dan strategi untuk meminimumk­an jumlah kemalangan dengan bantuan agensi lain seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Menurutnya, selain memberi penekanan kepada Op Selamat di jalan raya, pihaknya juga tidak melupakan keselamata­n kediaman penduduk yang meninggalk­an rumah masing-masing ketika pulang ke kampung.

Melalui statistik Op Rumah Selamat bagi kontinjen Selangor, penghuni yang berdaftar dengan pihak polis sempena musim perayaan pada tahun lalu, sejumlah 4,636 penghuni mengisi borang balik kampung.

“Daripada jumlah itu, tiada kes pecah rumah dilaporkan. Begitu juga Op Selamat tahun ini, kita berharap lebih ramai lagi penghuni yang mendaftar borang balik kampung dengan polis.

“Borang boleh diperoleh dari laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau boleh mendapatka­nnya di balai yang berdekatan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Fuad (kanan) beramah mesra dengan pasukan penyelamat.
MOHD Fuad (kanan) beramah mesra dengan pasukan penyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia