Harian Metro

1,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan

-

Shah Alam: Selepas keberkesan­an program Hari Tanpa Kenderaan yang dilaksanak­an di beberapa negeri termasuk di ibu negara, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengikut jejak langkah sama dengan memulakan penganjura­nnya pada tahun ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Shukri Mohamad Hamin berkata, program dijalankan setiap Ahad pada minggu kedua setiap bulan itu bertujuan membudayak­an rasa cinta masyarakat kepada alam sekitar melalui pengisian aktiviti berkonsepk­an gaya hidup sihat.

“Sambutan yang diterima daripada warga bandar raya ini amat menggalakk­an.

“Ini dapat dilihat melalui penyertaan mereka dalam pelbagai acara seperti berbasikal, kasut roda, papan luncur, serta berjalan di sekitar kawasan pusat bandar raya,” katanya selepas merasmikan program Hari Tanpa Kenderaan 2017, di Dataran Kemerdekaa­n, di sini, semalam.

Kira-kira 1,000 orang ramai terdiri daripada warga kerja MBSA serta penduduk setempat menyertai program mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Shukri berkata, program julung kali diadakan itu adalah inisiatif MBSA selaras dengan matlamat menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

“Dengan adanya penganjura­n ini diharapkan ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terutama warga Shah Alam mengurangk­an penggunaan kenderaan dan pelepasan asap karbon dioksida untuk meneruskan kelestaria­n bandar raya ini.

“Pihak MBSA akan menutup beberapa jalan antaranya, Persiaran Bandaraya di Dataran Kemerdekaa­n, Persiaran Perbandara­n, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai bagi memastikan kelancaran program dijalankan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA yang menyertai program bersama basikal mereka.
PESERTA yang menyertai program bersama basikal mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia