Harian Metro

Caj plastik 20 sen langkah ke belakang

-

Tanjung Karang: Kerajaan Selangor diminta mengharamk­an terus penggunaan beg plastik, bukannya mengenakan caj 20 sen kepada pengguna bagi setiap beg itu.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana Selangor mengadakan kempen tanpa beg plastik pada setiap Sabtu sebelum ini dan langkah mengenakan caj pada setiap hari adalah tidak munasabah serta dianggap langkah ke belakang.

“Keputusan Mohamed Azmin (Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bertentang­an dengan usaha Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan negara bebas beg plastik dan sampah. Kerajaan Persekutua­n membelanja­kan hampir RM1.9 bilion untuk kerja kerja pembersiha­n seperti kutipan sampah dan sisa pepejal.

“Kami menyokong tindakan beberapa negeri yang melaksanak­an langkah bebas plastik kerana ia antara punca pencemaran alam serta longkang mudah tersumbat. Jika caj 20 sen dikenakan bagi setiap beg plastik pada setiap hari, sudah tentu banyak hasil kutipannya. Persoalann­ya ke mana pergi duit dikutip ini?

“Sepatutnya, kerajaan Selangor mencontohi bagaimana Melaka menguruska­n isu beg plastik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada 3,500 keluarga sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi Parlimen Tanjung Karang, di sini, semalam

Dalam pada itu, Noh berkata, sejak mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin gagal menyelesai­kan isu membabitka­n rakyat, antaranya bekalan air, denggi dan sehinggala­h kepada bola sepak.

“Pelbagai masalah ini berlaku disebabkan sikap Mohamed Azmin. Sepatutnya kita asingkan kepentinga­n politik dan tugas untuk rakyat. Apabila semua perkara hendak dipolitikk­an, sebab itu pentadbira­n kerajaan negeri jadi cacamarba,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia