Harian Metro

Watsons rancang buka 15 hingga 20 cawangan lagi

-

Kuala Lumpur: Watsons Malaysia, peruncit produk kecantikan dan kesihatan merancang untuk membuka kira-kira 15 hingga 20 cawangan pada tahun ini didorong oleh permintaan yang semakin meningkat baik.

Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pemilihan lokasi bagi cawangan baru itu masih lagi diperingka­t perbincang­an, bagaimanap­un akan meneliti kawasan dengan potensi pasaran yang lebih baik serta kehadiran pengguna untuk pertumbuha­n yang lebih mapan.

Beliau berkata, selain perancanga­n pembukaan beberapa cawangan baru, peruncit produk kecantikan dan kesihatan itu turut akan memperkena­lkan beberapa kempen baru untuk mengukuhka­n jenama Watsons.

“Pembukaan antara 15 dan 20 cawangan baru akan memberi lebih akses kepada pengguna serta pelanggan setia Watsons untuk berbelanja dengan lebih selesa.

“Malah, kami sentiasa menawarkan promosi istimewa dengan pelbagai rangkaian produk dengan ganjaran yang memanfaatk­an pelanggan,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis beli-belah Watsons bersama Amber Chia dan F&S.

Majlis beli-belah berkenaan meraikan 10 pemenang dari kempen diadakan Watsons yang diberi peluang membeli apa saja di gedung Watsons dalam tempoh 60 saat.

Caryn berkata, inisitif utama dalam mengadakan kempen dan memberi ganjaran kepada pelanggan adalah usaha dalam menghargai pengguna yang menyokong jenama tersebut selama ini.

“Watsons adalah antara pemain industri yang utama bagi sektor peruncitan kesihatan dan kecantikan. Di rantau Asia, kami menjual kira-kira 353 juta produk dari jenama Watsons dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan,” katanya.

 ??  ?? CARYN (tiga dari kanan) bersama selebriti Watsons, Amber Chia (kanan) di Watsons Brand Shopping Spree di Sunway Velocity Mall.
CARYN (tiga dari kanan) bersama selebriti Watsons, Amber Chia (kanan) di Watsons Brand Shopping Spree di Sunway Velocity Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia