Harian Metro

Tawaran eksklusif

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

„ Anggota koperasi Angkasa berpeluang dapat pelbagai ganjaran

MyAngkasa Services Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memberi satu lagi nilai tambah kepada perniagaan koperasi apabila memeterai kerjasama dengan Malindo Airways Sdn Bhd dalam usaha meningkatk­an lagi aktiviti pelanconga­n.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi kolaborasi itu, anggota koperasi berpeluang menggunaka­n perkhidmat­an penerbanga­n Malindo melalui tawaran harga istimewa yang ditawarkan menerusi laman web, www.malindoair.com.

Beliau berkata, tawaran itu eksklusif dan hanya terbuka kepada anggota koperasi di bawah naungan Angkasa.

“Kerjasama ini membabitka­n tiga fasa. Bagi fasa pertama, kami menjangkak­an 200 koperasi akan menjadi ejen MyAngkasa Malindo bagi 2017 manakala fasa kedua membabitka­n umrah dan fasa ketiga, kami akan bekerjasam­a dengan koperasi perhotelan untuk menyediaka­n pakej lebih lengkap.

“Lebih menarik, koperasi juga diberi peluang menjana pendapatan tambahan menerusi jualan tiket Malindo MyAngkasa dengan mendaftar sebagai ejen jualan menerusi MSSB,” katanya pada majlis memeterai kerjasama bersama Malindo, di sini.

Hadir sama, Pengerusi MSSB, Datuk Kamaruddin Ismail dan Pengarah Perhubunga­n Awam dan Komunikasi Malindo, Raja Sa’adi Raja Amrin.

Abdul Fattah berkata, kerjasama MyAngkasa Malindo itu yang pertama diadakan.

“Kami menjangka dapat menguasai penerbanga­n destinasi tempatan kerana pasaran koperasi yang ahlinya sering melancong dalam negara saja dianggarka­n bernilai antara RM10 hingga RM15 juta.

“Kami akan menawarkan pelbagai ganjaran menarik dari semasa ke semasa dan koperasi di bawah Angkasa perlu menjadi ejen MyAngkasa Malindo serta ambil peluang yang ada,” katanya.

Beliau berkata, koperasi juga boleh membuat tempahan berkelompo­k dengan menghubung­i MSBB untuk mendapatka­n kadar harga purata lebih menarik.

MSSB turut melantik Kayworld Travel & Tours Sdn Bhd bagi membantu mengendali­kan semua urusan berhubung pelantikan ejen koperasi yang mahu menjadi ejen MyAngkasa Malindo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia