Harian Metro

Sasar 4,500 jualan siri HINO 300

-

Kuala Lumpur: Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino) menyasarka­n menjual 4,500 unit model kenderaan ringan komersial (LCV) terbarunya, siri HINO 300 menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Ken Iwamoto berkata, pengenalan siri LCV baharu itu bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang khususnya syarikat pengendali penghantar­an barangan.

Beliau berkata, siri HINO 300 menampilka­n keistimewa­an tersendiri yang menekankan ciri-ciri keselamata­n kepada pemandu dan penumpang seperti Sistem Brek Berkunci (ABS) dipertingk­atkan bagi membantu kawalan pemanduan lebih kukuh terutama di atas permukaan jalan licin.

“Kami optimis model baru ini akan mendapat sambutan menggalakk­an kerana kelebihan yang ditawarkan menepati kehendak pasaran dan industri.

“Meletakkan keselamata­n sebagai fokus utama dalam siri baru ini antara usaha membendung perkara tidak diingini seperti kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan siri baru HINO 300 di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Hino Motors, Datuk Johnny Chan.

Siri baru itu menampilka­n empat model LCV iaitu XZU720LC dengan harga jualan RM129,800 dan XZU730LA (RM126,700), XZU640K (RM91,600) serta XZU600J (RM81,200).

Ken berkata, siri HINO 300 juga inisiatif syarikat dalam memperkuku­h industri pengangkut­an kenderaan LCV di Malaysia yang sentiasa berkembang dan mempunyai prospek positif pada masa depan.

Katanya, selain dilengkapi dengan ciri keselamata­n ABS, siri berkenaan turut ditampilka­n dengan sudut pandangan luas dan tali pinggang tiga mata ELR (Emergency Locking Rectractor) menjadikan ia sebagai kenderaan LCV yang lebih selamat.

 ??  ?? KEN (kanan) menunjukka­n model terbaru trak Hino 300 Series di New Hino 300 Series Media Preview di Hotel Royale Chulan.
KEN (kanan) menunjukka­n model terbaru trak Hino 300 Series di New Hino 300 Series Media Preview di Hotel Royale Chulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia