Harian Metro

Sedia awal

Dua daerah di Riau isytihar darurat bagi kawal kebakaran hutan

- Agensi

Dua daerah di Riau mengisytih­arkan darurat bagi menangani kebakaran hutan di wilayah itu kerana bimbang ia mungkin menjadi tidak terkawal ketika cuaca semakin kering dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pegawai kerajaan di Jakarta memuji keputusan pihak berkuasa di Rokan Hulu dan Dumai itu bagi membolehka­n kerajaan pusat segera menghantar bantuan.

Kegagalan bertindak pantas bagi menangani kebakaran hutan sebelum ini menyebabka­n masalah itu menjadi bencana yang sukar dikawal.

Kebakaran hutan besar di Sumatera dan Kalimantan menyebabka­n sebahagian Asia Tenggara diliputi jerebu dan menyebabka­n hubungan dengan Malaysia dan Singapura terjejas.

Ketika cuaca pada 2017 dijangka lebih kering berbanding tahun lalu, Indonesia tidak mahu mengambil risiko berulangny­a bencana berkenaan.

Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB) menggesa daerah berisiko tinggi di Sumatera dan Kalimantan mengikut jejak langkah Rokan Hulu dan Dumai sebelum musim kemarau bermula hujung bulan ini hingga Mac. Jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, dengan mengisytih­arkan darurat lebih awal, pihak berkuasa daerah boleh memohon bantuan kerajaan pusat untuk mengelak kebakaran kecil merebak menjadi tidak terkawal.

Menurutnya, pihaknya juga meningkatk­an sistem amaran awal bagi mengesan titik panas di seluruh negara dan bersedia membuat hujan tiruan sebagai langkah pencegahan sebelum musim kemarau.

“Kami mengarahka­n pihak berkuasa tempatan mengisytih­arkan darurat lebih awal sebelum terlambat untuk berbuat demikian,” tegasnya.

Ketua badan pengurusan bencana Rokan Hulu, Aceng Herdiana berkata, status darurat itu diisytihar­kan selepas mengesan beberapa kebakaran hutan dan belukar dalam tempoh 10 hari lalu.

“Sebab itu pihak berkuasa tempatan mengambil keputusan perlunya mengisytih­arkan status darurat,” jelasnya.

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam pada 18 Januari lalu ini menunjukka­n seorang lelaki cuba memadamkan kebakaran hutan di Pekanbaru, Riau. - Antara
GAMBAR yang dirakam pada 18 Januari lalu ini menunjukka­n seorang lelaki cuba memadamkan kebakaran hutan di Pekanbaru, Riau. - Antara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia