Harian Metro

WANITA KETUAI BANTAH TRUMP

- Agensi

Hampir 5 juta sertai perarakan kecam presiden baru AS

Washington

Ratusan ribu wanita memenuhi jalan raya di bandar besar seluruh Amerika Syarikat untuk mengetuai bantahan terhadap Presiden Donald Trump, menyindir dan mengecam pemimpin baru itu sehari selepas dia mengangkat sumpah jawatan, sesuatu yang tidak pernah berlaku terhadap presiden negara itu sebelum ini.

Aktivis wanita yang berang terhadap kempen Trump dan tingkah lakunya yang mereka dakwa membenci golongan itu, mengetuai puluhan perarakan di Amerika Syarikat dan perhimpuna­n simpati di seluruh dunia.

Penganjur berkata, acara itu menarik hampir lima juta penunjuk perasaan, mengatasi jumlah yang mereka jangka.

Demonstras­i itu juga menyerlahk­an rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Trump dan dasarnya terhadap kumpulan masyarakat, termasuk pendatang Mexico, Muslim, golongan kurang upaya dan aktivis alam sektar.

Walaupun sebahagian besar tunjuk perasaan wanita, ramai yang ditemani oleh suami, teman lelaki dan kanak-kanak.

Tunjuk perasaan yang diadakan di Washington dilihat menarik lebih ramai peserta daripada jumlah yang hadir untuk menyaksika­n Trump mengangkat sumpah.

Tidak ada anggaran mengenai jumlah penunjuk perasaan dikeluarka­n, tetapi ia jelas mengatasi 200,000 orang yang dijangka penganjur sehinggaka­n jalan raya sekitar Rumah Putih dan National Mall sesak.

Ratusan ribu lagi wanita berarak di New York, Los Angeles, Chicago, Denver dan Boston untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Trump, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik moden Amerika Syarikat pada hari pertama seorang presiden baru dilantik.

Di Los Angeles, penganjur menganggar­kan kira-kira 750,000 orang menyertai bantahan itu, antara perhimpuna­n yang terbesar untuk hari Sabtu di bandar raya berkenaan.

Polis berkata, ia jauh lebih ramai daripada perarakan proimigras­i 2006 yang menarik kehadiran 500,000 orang.

Kira-kira 400,000 lagi berhimpun di New York, kata Datuk Bandar Bill de Blasio.

Acara yang diadakan di Chicago pula menarik 125,000 orang sehinggaka­n penganjur terpaksa membatalka­n perarakan, sebaliknya hanya mengadakan perhimpuna­n.

Tunjuk perasaan juga di-

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada ratusan ribu penunjuk perasaan di Seattle. - AFP
SEBAHAGIAN daripada ratusan ribu penunjuk perasaan di Seattle. - AFP
 ??  ?? ORANG ramai berarak di acara yang dianjurkan rakyat Amerika dan Kanada di Ajijic, Mexico. - Reuters
ORANG ramai berarak di acara yang dianjurkan rakyat Amerika dan Kanada di Ajijic, Mexico. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia