Harian Metro

Madonna akan disiasat cuba bom Rumah Putih

-

adakan di beberapa bandar lain walaupun jumlahnya agak kecil.

Tunjuk perasaan itu, yang kebanyakan­nya aman, menggambar­kan perpecahan mendalam di negara yang masih belum pulih daripada kempen pilihan raya 2016.

Trump mengejutka­n dunia apabila mengalahka­n Hillary Clinton, bekas setiausaha negara dan wanita pertama yang dicalonkan untuk jawatan presiden oleh sebuah parti politik besar negara itu.

Tunjuk perasaan yang diketuai wanita membantah Trump yang berikrar dasar Amerika Syarikat akan berdasarka­n prinsip ‘Amerika dahulu,’ juga diadakan di Sydney, London, Tokyo dan beberapa bandar di Eropah dan Asia. Washington: Perkhidmat­an Perisikan Amerika Syarikat dilapor akan memulakan siasatan terhadap Madonna selepas penyanyi itu berkata, dia pernah terfikir untuk meletupkan Rumah Putih ketika dia berucap di perhimpuna­n sempena Perarakan Wanita di sini, semalam.

Dalam ucapannya itu, Madonna meluahkan rasa kecewanya terhadap keputusan pilihan raya presiden November lalu yang menyaksika­n Donald Trump menang.

Ikon muzik itu memberitah­u orang ramai, dia terfikir hendak meletupkan Rumah Putih tetapi menyedari ia tidak akan membawa sebarang perubahan.

Seorang jurucakap Perkhidmat­an Perisikan berkata, mereka menyedari kenyataan Madonna itu dan akan memulakan siasatan.

Bagaimanap­un, menurutnya, keputusan untuk mendakwa Madonna atau tidak terletak pada tangan Pejabat Peguam Negara.

Madonna dalam ucapannya itu berkata: “Saya marah. Saya amat marah. Memang benar saya terfikir untuk meletupkan Rumah Putih. Tetapi saya sedar, ia tidak akan membawa perubahan. Kita tidak boleh terperangk­ap dalam kekecewaan. Penyajak WH Auden pernah menulis sehari sebelum Perang Dunia

Kedua, ‘Kita perlu sayang satu sama lain atau mati.’

Saya pilih kasih sayang. Adakah anda bersama saya?”

Ucapannya itu di sambut dengan sorakan kira-kira sejuta orang yang hadir di perarakan membantah Trump di National Mall itu.

 ??  ?? SUASANA di Austin, Texas ketika puluhan ribu mengadakan tunjuk perasaan menuntut hak wanita. - AP
DI Manhattan, peserta berikrar untuk menentang dasar Trump. - AFP TUNJUK perasaan di Los Angeles. AFP SEORANG wanita menggengga­m tangannya sambil...
SUASANA di Austin, Texas ketika puluhan ribu mengadakan tunjuk perasaan menuntut hak wanita. - AP DI Manhattan, peserta berikrar untuk menentang dasar Trump. - AFP TUNJUK perasaan di Los Angeles. AFP SEORANG wanita menggengga­m tangannya sambil...
 ??  ?? MADONNA ketika berucap di perhimpuna­n Perarakan Wanita di Washington DC. - AP
MADONNA ketika berucap di perhimpuna­n Perarakan Wanita di Washington DC. - AP
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada mereka yang menyertai bantahan terhadap Trump di Portland, Oregon. - AP
SEBAHAGIAN daripada mereka yang menyertai bantahan terhadap Trump di Portland, Oregon. - AP
 ??  ?? SEORANG peserta menjulangk­an sepanduk ketika berarak di Shreveport, Louisiana. - AP
SEORANG peserta menjulangk­an sepanduk ketika berarak di Shreveport, Louisiana. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia