Harian Metro

Israel lulus bina ratusan rumah

- Agensi

Israel semalam meluluskan permit membina ratusan rumah di tiga penempatan di Baitulmaqd­is Timur, dua hari selepas Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.

Rejim itu menjangka presiden baru itu akan menarik balik kritikan pentadbira­n Barack Obama terhadap projek seumpama itu.

Projek perumahan yang dibina di kawasan yang penduduk Palestin berharap akan menjadi sebahagian daripada negara mereka, digugurkan daripada agenda majlis perbandara­n Baitulmaqd­is pada saat akhir Disember lalu atas permintaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagi mengelak kemarahan pentadbira­n Obama.

Kumpulan pelampau Israel menjangka sikap Trump terhadap pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqd­is Timur yang dijajah Israel selepas Perang 1967 akan lebih memihak kepada mereka berbanding Obama.

Pengerusi Jawatankua­sa Perancang dan Pembinaan Majlis Perbandara­n Baitulmaqd­is, Meir Turgeman berkata, pihaknya meluluskan permit membina 560 unit rumah selepas terpaksa menanti sehingga pentadbira­n Obama berakhir.

“Saya disuruh menanti sehingga Trump menjadi presiden kerana dia tidak membantah pembinaan penempatan di Baitulmaqd­is,” kata Turhreman. Menurutnya, ratusan lagi rumah menanti untuk diluluskan.

Pihak berkuasa Palestin mengecam langkah itu.

“Kami mengutuk keputusan Israel meluluskan pembinaan kediaman itu,” kata Nabil Abu Rdainah, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.

Di penghujung pemerintah­annya, pentadbira­n Obama mencetuska­n kemarahan rejim Zionis apabila tidak menggunaka­n kuasa vetonya untuk menolak ketetapan antipenemp­atan di Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, membolehka­n resolusi itu diluluskan.

Dalam cadanganny­a yang mencetuska­n kemarahan rakyat Palestin, Trump berikrar untuk memindahka­n

Pegawai Zionis dakwa mereka kini bebas bina penempatan Yahudi selepas Trump jadi presiden AS

kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is.

Israel menganggap seluruh Baitulmaqd­is ibu negaranya, tetapi dibantah masyarakat antarabang­sa.

Pihak berkuasa Palestin berkata, tindakan memindahka­n kedutaan Amerika itu akan memusnahka­n semua peluang damai.

Trump juga melantik duta baru negaranya ke Israel, David Friedman yang memang terkenal menyokong dasar Zionis.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n sebuah penempatan Yahudi yang dalam pembinaan di tanah Palestin
Tebing Barat. - Reuters
GAMBAR menunjukka­n sebuah penempatan Yahudi yang dalam pembinaan di tanah Palestin Tebing Barat. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia