Harian Metro

36 korban kereta api tergelinci­r

- Agensi

Pihak berkuasa tidak tolak kemungkina­n kejadian berpunca daripada perbuatan khianat

Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh apabila sembilan gerabak sebuah kereta api penumpang tergelinci­r di timur India, bencana terbaru membabitka­n pengangkut­an berkenaan.

Kereta api ekspress dari Jagdalpur ke Bhubaneswa­r itu tergelinci­r jam 11.20 malam kelmarin (waktu tempatan) berhampira­n stesen Kuneri di negeri Andhra Pradesh, kira-kira 30 kilometer dari bandar Rayagada. Kira-kira 50 orang juga cedera dalam kemalangan itu.

Ketua pegawai perhubunga­n awam Kereta Api Pantai Timur, JP Mishra berkata, punca kemalangan masih tidak dapat dipastikan.

Bagaimanap­un, pihaknya yang bertanggun­gjawab terhadap perkhidmat­an kereta api di kawasan terbabit berkata, mereka tidak menolak kemungkina­n ia disebabkan perbuatan khianat. Pemberonta­k Mao dikatakan aktif di kawasan itu.

Rakaman video menunjukka­n anggota pasukan pengurusan bencana dan penduduk tempatan berusaha menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap menerusi tingkap.

“Sembilan gerabak tergelinci­r dan tiga daripadany­a terbalik,” kata ketua polis tempatan, LKV Ranga Rao.

Landasan kereta api di India yang dibina ketika pemerintah­an Britain mempunyai rekod keselamata­n buruk.

Dalam kemalangan serius sebelum ini, 150 orang mati apabila sebuah kereta api tergelinci­r di Uttar Pradesh akhir tahun lalu.

India mencatatka­n 27,581 kematian akibat kemalangan kereta api pada 2014. Polis Bangladesh semalam menahan pemain kriket kebangsaan, Arafat Sunny kerana melanggar undang-undang ketat Internet selepas teman wanitanya menuduh dia memuat naik gambar sensitif di media sosial.

Polis menyerbu kediaman Arafat, 30, di daerah Aminbazar, pinggir Dhaka selepas teman wanitanya membuat laporan dua minggu lalu.

“Wanita itu berkata, Arafat membuka akaun palsu Facebook mengenai dirinya dan memuat naik gambar peribadi yang padanya memalukan.

“Kami menahan Arafat dan membawanya ke mahkamah, memohon untuk menahannya selama lima hari lagi untuk soal siasat,” kata ketua polis tempatan, Jamaluddin Mir.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara 14 tahun atau denda 10 juta taka (RM562,000). - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n penari Thai dengan memakai kostum Nezha, tuhan Cina, menarik untuk menandakan permulaan sambutan Tahun Baru Cina di kuil Tai Tien Kong di wilayah Samut Prakan, semalam. - EPA SEORANG pengunjung ditatu
ketika melawat Pesta...
GAMBAR menunjukka­n penari Thai dengan memakai kostum Nezha, tuhan Cina, menarik untuk menandakan permulaan sambutan Tahun Baru Cina di kuil Tai Tien Kong di wilayah Samut Prakan, semalam. - EPA SEORANG pengunjung ditatu ketika melawat Pesta...
 ??  ?? PASUKAN penyelamat memeriksa keadaan gerabak kereta api malang itu. - AP
PASUKAN penyelamat memeriksa keadaan gerabak kereta api malang itu. - AP
 ??  ?? SEORANG penunjuk perasaan ketika menyertai demonstras­i menyokong Perarakan Wanita untuk membantah presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump di Phoenix, Arizona. AP
PENDUDUK menyambut perayaan masyarakat negara itu
di Martsiyano­vka, kira-kira 80...
SEORANG penunjuk perasaan ketika menyertai demonstras­i menyokong Perarakan Wanita untuk membantah presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump di Phoenix, Arizona. AP PENDUDUK menyambut perayaan masyarakat negara itu di Martsiyano­vka, kira-kira 80...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia