Harian Metro

Tewas namun sejarah tercipta

„ Tiket ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia jadi penawar selepas dihampakan Ireland pada final semalam

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Impian skuad hoki wanita negara untuk terus melakar sejarah bergelar juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia tidak kesampaian apabila tewas kepada Ireland 0-3.

Biarpun tewas skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah melakar sejarah tersendiri apabila meraih tiket automatik ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia buat kali pertama.

Layak ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia dianggap cukup bermakna buat negara ketika tiada sasaran tinggi diletak kepada pasukan Malaysia Tigress yang menduduki ranking ke-21 dunia.

Bagi Dhaarma apa yang dilakarkan oleh anak didiknya cukup bermakna kerana sebelum ini begitu ramai memperleke­hkan kemampuan mereka malah ada yang menggangga­p pasukan wanita negara adalah pasukan kelas kedua.

“Kejayaan hari ini berjaya membuka mata banyak pihak yang sebelum ini langsung tidak pandang kewujudan pasukan negara.

“Mereka berjaya membuktika­n kemampuan dan peluang untuk beraksi di pusingan akhir adalah cerah yang mana 16 terbaik akan layak ke Piala Dunia 2018 di London,” katanya.

Ireland lebih menguasai permainan apabila meledakkan dua gol pada suku pertama pada final di Stadium Tun Razak, semalam.

Mereka membuka jaringan pada minit ketujuh menerusi jaringan padang Anna O’Flanagan.

Malaysia bagaimanap­un berpeluang untuk menyamakan kedudukan dua minit selepas itu apabila dihadiahka­n pukulan penalti namun gagal disempurna­kan oleh Noraini Rashid.

Serangan pantas Ireland ke kubu negara pada minit ke-10 gagal dikekang barisan pertahanan menyaksika­n gawang negara dirobek buat kali kedua oleh Kathryn Mullan.

Memasuki babak kedua, Ireland terus garang menyerang menyaksika­n skuad kendalian Graham Show dihadiahka­n pukulan sudut penalti yang disempurna­kan oleh Zoe Wilson pada minit ke-36.

 ?? FOTO: ?? MALAYSIA Tigress raih naib juara selepas tewas kepada Ireland.
FOTO: MALAYSIA Tigress raih naib juara selepas tewas kepada Ireland.
 ??  ?? SITI Rahmah (kiri) cuba menghalang pergerakan pemain Ireland.
SITI Rahmah (kiri) cuba menghalang pergerakan pemain Ireland.
 ?? LUQMAN HAKIM ZUBIR ??
LUQMAN HAKIM ZUBIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia