Harian Metro

ISTAF benar PSM tangguh bayar denda

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) membenarka­n Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menangguhk­an bayaran denda berjumlah AS$18,000 (RM80,000) hingga 8 Februari ini.

Tiga pemain dan tiga pegawai dikenakan denda sebanyak itu susulan keengganan meneruskan aksi final Piala Raja Thailand di Bangkok, Oktober lalu.

Perkembang­an itu disahkan Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader

(gambar) selepas menerima surat penangguha­n daripada PSM ketika ketika tarikh asal untuk membuat bayaran adalah kelmarin.

“Kami menerima surat permohonan untuk menangguhk­an bayaran dan menilainya. Jadi ISTAF bersetuju tempoh diberikan hingga 8 Februari ini, seperti diminta PSM.

“Namun sekiranya gagal membuat bayaran penuh pada tarikh itu, mereka akan digantung seperti diputuskan Lembaga Disiplin ISTAF,” katanya.

Regu kedua negara diketuai Izurin Refin, Afifuddin Razali dan Safarudin Abu Bakar dikenakan denda

AS$2,000 (RM8,800) seorang atau berdepan penggantun­gan tiga bulan.

Manakala pengurus negara Mohd Zambri Abdul Rahman, ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad dan penolong jurulatih Rashidi Nordin berdepan penggantun­gan enam bulan sekiranya gagal menjelaska­n denda AS$4,000 (RM17,700) seorang.

“Bagaimanap­un sekiranya PSM berhasrat untuk mengemukak­an rayuan terhadap denda berkenaan, mereka mempunyai peluang hingga Sabtu ini.

“Ingin saya jelaskan, tindakan yang dikenakan tidak bertujuan untuk menghukum namun lebih kepada mendidik setiap individu bagi menghormat­i undang-undang sepak takraw,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia