Harian Metro

Ramos wira

- AFP

Dua jaringan Sergio Ramos membolehka­n Real Madrid kembali melakar kemenangan untuk mengatasi Malaga 2-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam dengan segelintir penyokong tuan rumah mengecam Cristiano Ronaldo.

Rekod 40 perlawanan tanpa tewas juara Eropah itu lebur selepas dua kali berturut-turut tewas kepada Sevilla dan

(gambar)

Celta Vigo minggu lalu, namun selepas permulaan yang hambar kapten Ramos memastikan kelebihan empat mata di puncak liga.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu membuka jaringan apabila melonjak untuk menanduk sepakan penjuru Tomi Kroos pada minit ke-35.

Ramos memastikan gol ke-50 La Liga apabila meledak jaringan menerusi satu lagi hantaran Kross walaupun berada dalam kedudukan ofsaid.

Juanpi merapatkan kedudukan untuk Malaga selepas sejam dan mereka berpeluang meraih satu mata namun tindakan cemerlang Keylor Navas menafikan usaha Chory Castro.

Bagaimanap­un kemenangan dibayar dengan harga yang mahal apabila Marcelo dan Luka Modric dikeluarka­n kerana kecederaan, empat hari sebelum Real berdepan cabaran mengubah kekalahan 1-2 kepada Celta Vigo pada suku akhir Piala Raja Sepanyol.

Ketika Ramos menyelamat­kan Real, Ronaldo bergelut dengan prestasi apabila gagal menggegar gawang selain diejek penyokong Madrid susulan permulaan hambar 2017.

“Kadangkala apabila anda berdepan kesukaran, anda perlukan penyokong untuk membantu dan berada di belakang anda,” menurut pengurus Madrid Zinedine Zidane.

“Saya tidak akan mengkritik penyokong kerana mereka membeli tiket. Namun dengan terlampau banyak perlawanan dan kecederaan, kadangkala pemain perlu dijaga dengan baik. Begitu juga jurulatih.”

„ Ledak dua gol bantu Real atasi Malaga

Gabon: Asamoah Gyan memastikan Ghana ke suku akhir Piala Negara Afrika awal pagi semalam manakala Uganda dikritik apabila tersingkir awal sesudah tewas kepada Mesir di Port-Gentil.

Gyan meledak jaringan tunggal perlawanan pertama awal pagi semalam dalam Kumpulan D di bandar pelabuhan Gabon, memastikan kemenangan 1-0 buat Black Stars mengatasi Mali.

Berlangsun­g di padang yang teruk, juara tujuh kali Mesir terpaksa menunggu sentuhan pemain gantian Abdallah El Said untuk meledak jaringan pada minit ke-89 bagi menang 1-0 mengatasi Uganda, pasukan pertama tersingkir.

Ghana, juara empat kali dan naib juara edisi 2015 adalah satu daripada dua pasukan awal mara ke suku akhir selain Senegal ketika saingan masih berbaki satu perlawanan.

“Pada kejohanan seperti ini, anda perlu memenangi perlawanan dan itu yang kami lakukan,” kata Gyan yang sudah meledak dalam enam kejohanan Piala Negara Afrika.

“Kami berpuas hati dengan persembaha­n. Sama ada kami mempamerka­n permainan yang cemerlang atau sebaliknya, kami hanya mahu menang dan mara.”

Selepas dua kali berturut-turut melakar kemenangan 1-0, skuad kendalian Avram Grant akan memastikan kedudukan teratas dengan mengelak daripada tewas ketika menentang Mesir pada aksi terakhir kumpulan Rabu ini.

Gyan menanduk masuk bola hantaran Jordan Ayew untuk jaringan kelapan di Piala Negara Afrika dan Ghana menyerap tekanan Mali selepas rehat. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? PERCUBAAN Ronaldo tersasar.
PERCUBAAN Ronaldo tersasar.
 ??  ?? GYAN (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
GYAN (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia