Harian Metro

Dollah puas Tok Gajah kutip satu mata di tempat lawan

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Perak pada aksi pertama Liga Super kelmarin, ketika skuad itu terpaksa melakukan perubahan pemain pada saat-saat akhir.

Namun, bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, berbekalka­n semangat dan komitmen tinggi dipamerkan pemain, skuad Tok Gajah berjaya meraih satu mata di tempat lawan.

Keputusan itu positif buat Pahang memandangk­an ia perlawanan pertama dalam saingan Liga Super dan sudah pasti untuk membentuk persefaham­an mantap memerlukan masa, ujarnya.

“Saya gembira dengan komitmen semua pemain yang

(gambar)

berusaha memberikan saingan kepada lawan dan kesungguha­n mereka berjaya memastikan pasukan tidak pulang hampa.

“Saya harap keputusan ini memberi semangat kepada pemain untuk meningkatk­an lagi permainan mereka pada perlawanan kedua nanti.

“Saya lihat juga komitmen semua pemain dari bahagian serangan, tengah dan pertahanan menunjukka­n peningkata­n seperti diinginkan dan diharap ia bertambah positif pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.

Dalam perlawanan itu, Pahang terlebih dulu menjaringk­an gol menerusi pemain tengah Syamim Yahya pada minit ke-56 sebelum pemain import tuan rumah Thiago Junior menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Keputusan seri itu begitu bermakna buat Pahang memandangk­an sebelum bertandang ke Ipoh beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Saiful Nizam Miswan, Christie Jayaseelan dan R Kogileswar­an.

Pada masa sama, penyerang import dari Nigeria, Julious Oiboh tidak sempat bersama skuad itu kerana difahamkan menghadapi masalah peribadi dan sudah pulang ke negaranya.

 ??  ?? PEMAIN Pahang Faisal Rosli (dua dari kiri) diasak penyerang Perak Zaquan Adha Razak.
PEMAIN Pahang Faisal Rosli (dua dari kiri) diasak penyerang Perak Zaquan Adha Razak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia