Harian Metro

Tiada nasib

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

„ Rahmad tetap syukur walau T-Team sekadar raih satu mata pada aksi pertama

Walaupun kempunan untuk mencapai sasaran awal mengutip tiga mata penuh, pengendali T-Team Rahmad Darmawan tetap bersyukur berjaya meraih satu mata dalam aksi pertama Liga Super bertemu Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia itu yang berjaya mengemudi The Titans layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu ternyata tenang biarpun adakalanya pemainnya gagal beraksi dengan baik.

“Secara keseluruha­n pemain tidak dapat beraksi dengan baik seperti yang dirancang sebelum permainan, situasi ini disebabkan keadaan padang yang becak menyebabka­n hantaran bola tinggi terpaksa dilakukan.

“Hal ini ditambah pemain lebih selesa melakukan hantaran bola pendek seperti ketika sesi latihan dan aksi persahabat­an sebelum ini.

“Bagaimanap­un saya percaya pemain sudah berusaha keras dan cuba melakukan yang terbaik dalam situasi itu, namun nasib tidak menyebelah­i kami apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu,” katanya.

Dalam aksi itu T-Team terlebih dahulu berada di depan dengan rembatan cantik dalam kotak penalti oleh pemain sayap Nor Hakim Hassan pada minit ke-49 selepas menyambung rembatan pemain import Farhod Tadjiev.

Ketika permainan memasuki minit ke-80, pemain import pelawat Mateo Roskam menebus kesilapann­ya sebelum itu dengan berjaya menyamakan kedudukan hingga tamat perlawanan yang berkesudah­an seri 1-1.

Mengulas mengenai deretan peluang yang dimiliki pemainnya yang gagal diterjemah­kan dengan jaringan terutama pada babak pertama, Rahmad mengakui sedikit kecewa dan sepatutnya perlu disudahkan dengan gol.

“Tapi saya akui bukan tugas mudah buat pemain bermain di atas padang sebegitu, namun apa yang boleh dibanggaka­n pemain muda berjaya mempamerka­n aksi meyakinkan,” katanya sebelum pertemuan kedua dengan Pahang di Kuantan, Jumaat ini.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN T-Team Ahmad Takiyuddin (kiri) diasak pemain Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
FOTO: PEMAIN T-Team Ahmad Takiyuddin (kiri) diasak pemain Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia