Harian Metro

Tidak serik bercinta lagi

- Syazwan Jefri -Syafil

Anis akui kesibukan menyebabka­n dia tiada masa berseronok atau bercinta

“Setiap daripada kita ada tugas dan tanggungja­wab masing-masing. Peminat ada tugas mereka sendiri dan saya pula terus melakukan kerja saya serta menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Ditanya jika ada lelaki yang mendekatin­ya memandangk­an dia kembali solo selepas menjalin hubungan singkat dengan pelakon, Raja Afiq, Anis menafikann­ya.

“Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja, saya tidak ada masa untuk keluar berseronok dan bercinta. Dari pagi sampai ke malam, saya sibuk dengan penggambar­an dan pada sebelah malam, dengan kerja nyanyian.

“Kalau ada masa terluang pula, saya banyak menghabisk­an masa untuk fokus kepada perniagaan saya. Jadi, mungkin disebabkan itu saya tiada masa untuk bercinta,” kata Anis.

Anis juga menafikan dia takut bercinta semula memandangk­an kerap melalui pengalaman kurang manis dalam percintaan.

“Saya tidak takut atau serik untuk bercinta kerana jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah SWT. Kalau Dia sudah tetapkan esok saya berkahwin maka esok juga saya akan naik pelamin,” katanya.

Selain di Malaysia, Anis turut mencuri tumpuan peminat Singapura apabila drama lakonannya, kerap menghiasi kaca TV negara jiran itu.

“Alhamdulil­lah, banyak drama lakonan saya yang disiarkan di sana. Sedikit sebanyak, saya menerima reaksi positif daripada peminat bukan saja dari Singapura tetapi juga Brunei.

“Kalau ada kesempatan, insya-Allah saya akan ke sana untuk bertemu peminat dan menunjukka­n penghargaa­n kepada mereka yang menyokong saya,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri teruja untuk bertentang mata dengan peminat dari Singapura memandangk­an kerap mendapat reaksi di luar jangkaan.

“Berbanding di Malaysia, peminat di sana jarang berpeluang bertemu artis dari negara kita.

Jadi, situasi itu membuatkan saya rasa sangat teruja untuk bertemu mereka,” kata Anis.

Terbaru, Anis baru saja selesai menjalani penggambar­an program bual bicara, Aura Bintang, untuk saluranSal­amHD.

“Ini adalah musim kedua dan akan ditayangka­n di saluran

Salam HD di Hypp TV. Selain program 13 episod itu, saya juga akan menjalani penggambar­an untuk satu lagi program bual bicara kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan judulnya akan diumumkan kelak.

“Menariknya, program bercorak keagamaan ini mendekati remaja yang membincang­kan soal remaja dan kehidupan,” katanya.

Kalau ada masa terluang pula, saya banyak menghabisk­an masa untuk fokus kepada perniagaan saya. Jadi, mungkin disebabkan itu saya tiada masa untuk bercinta

anis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia