Harian Metro

Izzue masih bersama Forteen

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kemunculan solo dengan single sulung hanya sebagai percubaan kerana mahu buat benda baru

Selepas hadir dengan single solo pertamanya, Bimbang, pelbagai persoalan muncul dalam kalangan peminat dan mereka tertanya-tanya adakah Izzue Islam masih bersama Forteen atau memilih untuk bergerak sendiri?

Bagi Izzue, walaupun dia mahu mengembang­kan sayapnya sebagai penyanyi solo, itu tidak bermakna dia melupakan tanggungja­wab sebagai anggota kumpulan yang turut dianggotai One, Ariz dan Ameer.

“Saya bergerak secara solo untuk mencuba nasib sebagai penyanyi solo, tetapi pada masa sama saya masih bersama Forteen. Tiada isu sekiranya ada yang beranggapa­n Forteen sudah berpecah ataupun saya mahu bergerak sendiri. Kemunculan single sulung itu hanya sebagai percubaan kerana saya mahu buat benda baru,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini lagi, sebagai penggiat seni yang aktif, dia tidak mahu berhenti belajar dan kini mendalami selok-belok penghasila­n karya dari peringkat awal sehingga kepada pemasaran.

“Saya mahu bermula daripada bawah dengan terbabit dalam penghasila­n sesuatu karya. Untuk karya pertama, saya mulakan dengan Bimbang. Daripada proses awal penghasila­n demo, lirik, rakaman sehingga kepada pemasaran dan memperkena­lkan Bimbang kepada media cetak serta elektronik, saya lakukan sendiri dengan bantuan isteri merangkap pengurus,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang menghasilk­an lagu untuk Forteen, ia adalah impiannya sebagai ‘singersong­writer’.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki saya ingin menghasilk­an lagu untuk Forteen. Namun, perlu ada beberapa langkah yang perlu saya lakukan sebelum berkarya. Terbaru, Forteen baru saja hadir dengan single terbaru, Apa Ini Cinta ciptaan Edry Abdul Halim,” kata Izzue.

Selain Bimbang, Izzue akan muncul dengan dua lagi single solo berjudul Sahabat dan Tanda Gembira yang menjadi lagu tema untuk program travelog, Destinasi Hijau tayangan RTM.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah lagu yang ingin dihasilkan dalam tempoh setahun kerana sekarang tempoh untuk belajar namun saya akui amat teruja. Buat masa ini, saya buat saja dulu sambil mendengar pendapat orang ramai mengenai karya ciptaan saya,” katanya.

Tahun ini juga, jadual seni Izzue agak padat apabila dia akan mulai sibuk menjalani penggambar­an untuk drama dan telefilem.

“Dalam masa terdekat, saya akan ke lokasi drama 13 episod, Ops Cinta Din Sardin untuk TV9. Tetapi, sebelum itu saya akan ke set penggambar­an drama, Kesempatan Kedua. Menjelang April, saya akan berlakon dalam filem Mia Tiara.

“Pada tahun ini juga, ada beberapa telefilem lakonan saya yang akan menemui penonton iaitu Peah Singa di TV9, Mat Latah (RTM), Mister Smiley (RTM) dan Chef Gengster (RTM),” katanya.

Selain itu, Izzue juga semakin ligat menggalas tanggungja­wab sebagai pengacara untuk dua program di RTM berjudul Kustom Roda dan Destinasi Hijau. Tahun ini juga kali keempat dia akan membawa peminat bercuti dan destinasi kali ini ke Lombok, Indonesia. Percutian itu dijangka pada Ogos ini.

 ??  ?? Insya-Allah, kalau ada rezeki
saya ingin menghasilk­an lagu untuk
Forteen. Namun, perlu ada beberapa langkah yang
perlu saya lakukan sebelum
berkarya
Insya-Allah, kalau ada rezeki saya ingin menghasilk­an lagu untuk Forteen. Namun, perlu ada beberapa langkah yang perlu saya lakukan sebelum berkarya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia