Harian Metro

BERDEBAR NAK KRITIK ORANG

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Manggis akui bukan mudah jadi pengkritik, Sophia bangga aksi peserta #kasichance

Tidak dapat dinafikan pesona, aura dan persembaha­n kumpulan trio, De Fam ketika di pentas. Mereka sudah arif dan tahu bagaimana mahu menakluki pentas serta bijak menarik perhatian penonton.

Namun hakikatnya, kumpulan dianggotai

Azira, Sophia dan

Manggis itu sebenarnya sentiasa berdebar apabila teringatka­n pendapat penonton. Jadi, apabila sesekali meletakkan diri mereka sebagai penonton, barulah mereka tahu betapa sukarnya menjadi pengkritik.

Itulah yang dialami dua anggotanya, Sophia dan Manggis apabila diberi peluang menjadi pengkritik sembilan penyanyi pada acara #kasichance oleh Wrigley’s Doublemint, baru-baru ini.

Menurut Manggis, ia ternyata bukan mudah dan dia tidak malu mengatakan mereka sebenarnya berdebar.

“Apabila diminta mengkritik persembaha­n bakat baru pada acara itu, saya tiba-tiba rasa gementar. Bukan apa, saya sendiri tidak pernah terfikir mahu menilai persembaha­n orang lain.

“Terus terang, saya sebenarnya risau dan ragu-ragu sama ada komen saya itu bagus atau tidak. Bagaimanap­un, saya tetap cuba yang terbaik meluahkan pendapat dan memberikan nasihat kepada mereka,” katanya.

Pada sesi kedua #kasichance, enam penyanyi solo dan tiga band beraksi di hadapan De Fam dan penyanyi baru, Nik Qistina bagi menonjolka­n bakat.

Mereka termasuk Aiman Haziq, Aqil Muhammad, Gaston Pony, Xantia,

Aalex Termizi, Isaac

Ho, Killer In The Club,

They Forget Jasmine, dan

The Band Called You. Persembaha­n mereka sangat menghiburk­an dan tidak menyangka semuanya berbakat besar. Sophia berbangga melihat aksi pelapis muda yang cukup hebat.

“Saya tidak sangka mereka yang membuat persembaha­n malam ini hebat-hebat belaka. Bahkan, pada tahap itu sepatutnya mereka sudah layak untuk mendapat kontrak daripada syarikat rakaman.

“Saya juga amat berbesar hati berpeluang memberikan sedikit nasihat kepada mereka berdasarka­n pengalaman saya sendiri. Semoga komen yang saya berikan itu dapat membantu dan menjadi panduan untuk memperbaik­i diri,” katanya.

ALBUM MINI DALAM PEMBIKINAN

 ??  ?? ANTARA artis yang terbabit dalam program
#kasichance
ANTARA artis yang terbabit dalam program #kasichance
 ??  ?? AIMAN Haziq datang dari Johor semata-mata untuk #kasichance.
AIMAN Haziq datang dari Johor semata-mata untuk #kasichance.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia