Harian Metro

‘Keadaan dah berubah...’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Meskipun lama tidak muncul dalam mana-mana program televisyen, Isma AF7, 38, masih aktif dalam bidang nyanyian. Kurangnya promosi mengenai kerjaya seninya, tidak bermakna pembabitan­nya dalam dunia hiburan sudah berakhir.

“Saya masih ada dalam arena seni tanah air dan mendapat undangan membuat persembaha­n, tetapi kerana acara itu tidak disiarkan di televisyen, jadi tiadalah publisiti.

Keadaan sudah berubah dan saya faham. Bagaimanap­un, saya bersyukur rezeki saya dalam bidang seni sentiasa ada dan mereka di luar sana masih kenal serta menghargai bakat seni suara yang saya miliki.

“Selain menyanyi, saya pernah cuba berlakon dan mengarah filem (Sofazr The Movie), tetapi nampaknya jiwa saya lebih sesuai jadi penyanyi. Berlakon mengambil masa lama tidak seperti menyanyi, sejam dua membuat persembaha­n sudah habis,” katanya.

Terbaru, sejak tiga bulan lalu Isma mendapat kontrak menyanyi di sebuah restoran di Putrajaya. Dia menyanyi di sana dengan peserta Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul. Mereka membuat persembaha­n setiap hari kecuali Khamis.

“Saya masih memenuhi undangan menyanyi di tempat lain terutama pada hujung minggu. Alhamdulil­lah, pengurusan restoran faham dan memberi pelepasan,” katanya.

Apabila tiba Ramadan pula, Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail, akan membuat persembaha­n di hotel menghiburk­an pengunjung yang berbuka puasa di sana.

Perkembang­an lain, minggu depan Isma bersama Jaafar Onn, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Mya (Maya Matahari) akan merakamkan lagu joget ciptaan Jaafar Onn dan Aiman.

“Lagu itu akan dijadikan lagu tema Karnival Tekstil anjuran Eurotex Textiles yang akan diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur, selama tiga hari mulai 3 Februari ini,” katanya.

Jaafar nak bantu orang Melayu

Pada karnival itu, syarikat tekstil berkenaan akan melancarka­n baju Melayu, Jaafar Onn Design, khusus untuk Syawal yang akan datang. Jaafar yang sememangny­a amat mencintai warisan bangsa terutama baju Melayu yang sering digayakann­ya pada acara rasmi dan rakaman program televisyen mempunyai lebih 500 pasang baju Melayu.

“Banyak juga koleksi baju Melayu sudah saya berikan kepada kenalan kerana ada yang dipakai sekali dua saja. Selain ditempah sendiri, ada juga yang menaja baju kebangsaan itu. Saya selesa menggayaka­nnya kerana ia adalah warisan bangsa kita. Kalau tibanya Syawal,

Isma AF bersyukur masih dapat undangan menyanyi walaupun tiada publisiti

hampir setiap harilah saya berbaju Melayu memenuhi undangan ke rumah terbuka dan mengadakan persembaha­n.

“Saya pantang lihat mereka berbaju Melayu tanpa bersongkok. Bukan setiap hari kita nak berbaju Melayu dan apabila sesekali menggayaka­nnya, biarlah ia lengkap bersamping dan bersongkok,” katanya.

Menceritak­an tercetusny­a idea untuk mengeluark­an koleksi baju Melayu Jaafar Onn Design, jelas Jaafar, ilham itu tiba-tiba datang apabila dia berjumpa pemilik Eurotex Textiles, Azlan Md Ali, yang juga satu-satunya pengusaha Melayu yang menerajui perniagaan pelbagai jenis kain di ibu kota.

“Kami berkongsi aspirasi yang sama untuk membantu menjana ekonomi orang Melayu dengan menceburi perniagaan tekstil terutama mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak yatim yang nak belajar berdikari.

“Artis sekarang pun ramai yang tidak mempunyai pendapatan tetap jadi mereka boleh mencuba perniagaan tekstil pula. Untuk mendapat gambaran dan maklumat lengkap untuk menjadi pengedar kain, bolehlah datang beramai-ramai ke karnival itu. Azlan bukan saja menyediaka­n peluang untuk orang Melayu mengukuhka­n ekonomi mereka, tetapi dia bersama pasukannya akan memberi tunjuk ajar mengurus dan perancanga­n perniagaan yang betul termasuk cara kiraan stok dan sebagainya,” katanya.

 ?? BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU:
FOTO: ?? TURUT rakam lagu joget bersama Jaafar.
BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU: FOTO: TURUT rakam lagu joget bersama Jaafar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia