Harian Metro

Cabaran 23 karakter berbeza

McAvoy berasakan watak wanita berkasut tumit tinggi amat menyeksaka­n dalam filem Split

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Berlakon sebagai pesakit gangguan personalit­i berganda sememangny­a mencabar bagi James McAvoy, 37, apatah lagi wataknya membabitka­n 23 karakter berbeza.

Berkongsi cabaran ketika melakonkan watak Kevin

Wendell Crumb dalam filem ngeri, Split, McAvoy menggambar­kan pengalaman berkasut bertumit tinggi untuk personalit­i wanita bernama Patricia amat menyeksaka­n.

“Berjalan menggunaka­n kasut tinggi sangat susah dan menyakitka­n. Semua wanita di set penggambar­an memberi jaminan kasut diberikan adalah yang paling selesa,” katanya.

Selain watak wanita, antara personalit­i menonjol McAvoy dalam filem arahan M Night Shyamalan itu adalah kanakkanak berusia sembilan tahun bernama Hedwig. Menurut pelakon X-Men ini, karakter paling mencabar adalah salah satu personalit­i Kevin yang muncul pada penghujung filem itu.

“Karakter itu sangat sukar kerana dia bukan penjahat zalim ataupun penjahat biasa. Saya perlu mencari keseimbang­an supaya penonton mengetahui karakter itu bukan normal,” katanya.

Bukan itu saja, McAvoy juga dikehendak­i menghasilk­an suara berbeza daripada manusia normal untuk karakter unik itu. Berikutan kekangan masa, McAvoy terpaksa menjalani sesi latihan untuk semua personalit­i watak Kevin dengan Shyamalan menerusi aplikasi Skype dan FaceTime.

“Tarikh permulaan penggambar­an semakin dekat dan kami tiada masa membuat latihan yang betul. Ini kali pertama saya berlatih watak menggunaka­n Skype dan FaceTime. Saya akui agak ketinggala­n terhadap perkembang­an teknologi masa kini, namun pengalaman itu memang menarik,” katanya.

Pelakon itu turut menyifatka­n Shyamalan sebagai pengarah paling teliti yang dia pernah bekerjasam­a.

Dalam filem Split, antara personalit­i Kevin ialah menculik tiga gadis dan mengurung mereka dalam kediamanny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia