Harian Metro

Ingin tampil menarik, penuh yakin

-

Rasa rendah diri apabila sering diusik mengenai penampilan

anda berpenampi­lan. Apakah yang tidak kena dalam hal ini? Seterusnya, anda berpeluang untuk memperbaik­inya. Setiap orang ada sebab mengapa mereka hendak menjaga penampilan diri. Atas sebab yang pelbagai itu, setiap orang terlebih dahulu perlu mengenali imej diri mereka.

Tip yang pertama adalah faktor fizikal. Faktor ini dapat dilihat maka fokuskan perhatian kepada perkara yang boleh kita perbaiki supaya menjadi individu menarik. Keutamaan perlu diberikan kepada kesesuaian pakaian yang dipakai, solekan dan kebersihan. Jika anda gagal memberi fokus kepada perkara ini, faktor fizikal yang sempurna bukanlah jaminan untuk kelihatan menarik. Pemilihan pakaian juga perlu sesuai mengikut bentuk fizikal seseorang.

Kedua, adalah faktor jawatan. Tidak dinafikan pangkat dan jawatan adalah salah satu sumber daya penarik seseorang.

Saya rumuskan faktor ini sebagai garis panduan untuk anda melihat kesesuaian penampilan diri dengan jawatan dipegang. Usah terlalu berkira atau berlebihan dalam membentuk keterampil­an diri dan masih boleh mengikut bajet tersendiri. Tip ketiga adalah faktor pendidikan dan kemahiran dimiliki. Masyarakat menghargai mereka yang berpendidi­kan tinggi. Pendidikan menjadi modal. Oleh itu, pendidikan adalah satu jenis faktor mengapa seorang itu menarik. Dalam hal ini, kelulusan akademik bukanlah satu-satunya hal yang berkait dengan intelek. Cara anda bercakap, berbual dan membina hubungan dengan rakan sekerja turut mempengaru­hi penampilan diri. Mulakan perbualan harian yang positif dengan orang yang anda selesa. Seterusnya luaskan pengaruh anda dengan mereka yang lain. Adab sopan itu adalah lebih tinggi darjatnya berbanding faktor fizikal.

Faktor menjadi menarik dan berpenampi­lan hebat juga berkaitan dengan kepandaian intelek seseorang. Jika anda merasakan rendah diri kerana hanya berkelulus­an diploma atau berjawatan rendah, percayalah anda sebenarnya mempunyai kemahiran tertentu yang diperlukan institusi yang tiada pada mereka berkelulus­an lebih tinggi. Setiap individu memainkan peranan masing-masing mengikut kemahiran tersendiri, usah rendah diri sebaliknya beri fokus tinggi kepada kemahiran diperlukan. Jika anda sedar masih kekurangan, usah segan untuk bertanyaka­n mereka lebih arif dan senior.

Tip yang seterusnya adalah faktor kekemasan dan ketelitian. Percaya atau tidak, individu dilihat menarik dan sentiasa disebut-sebut pihak majikan atau rakan sekerja jika mempunyai kekemasan serta ketelitian dalam semua aspek. Secara tidak langsung ia faktor yang menjadikan anda menarik. Kekemasan meliputi penampilan, pemakaian, bau badan, alat solek, tempat kerja serta penyimpana­n fail berkaitan. Ruang pejabat perlu sentiasa kemas, bersih dan wangi. Selain mampu memberikan aura positif ia juga akan menjadi contoh kepada rakan sekerja lain.

Seterusnya tip terakhir adalah dengan mendapatka­n khidmat perunding imej (jika mempunyai bajet). Keperluan ini juga harus bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan terutamany­a jika berjawatan tinggi. Imej dan personalit­i seseorang sangat memberikan kesan kepada seseorang . Usah berkira jika ia berkaitan dengan imej syarikat atau tempat kerja. Pakar imej ini akan membantu anda membina personalit­i sesuai mengikut kemampuan. Perkhidmat­an ini juga mempunyai kadar bayaran berbeza, maka pilihlah yang sesuai. Jika tidak mampu, pembacaan di media sosial atau media cetak sudah lebih daripada mencukupi anda mempelajar­i sesuatu yang baik berkenaan penampilan diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia