Harian Metro

Satukan semua alumni ILKBS

- Ruhaiza Rusmin ruhaizarus­min@ hmetro.com.my

Persatuan ILKBS Malaysia berharap bekas pelajar daripada

22 institut dapat beri sokongan dan komitmen

Alumni Institut Latihan Kementeria­n Belia dan Sukan (ILKB) yang terdiri daripada lnstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), 13 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebuah Akademi Kemahiran

Golf bakal menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Alumni Institut Latihan Kementeria­n Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia.

Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Belia dan Sukan Dr Wasitah Mohd Yusof dalam ucapan perasmian penubuhan Persatuan ILKBS Malaysia berharap bekas pelajar daripada 22 institut dapat memberi sokongan dan komitmen dalam pembentuka­n persatuan yang bakal menghimpun­kan bekas pelajar era 70-an hingga sekarang.

Menurutnya, penubuhan persatuan berkenaan diharap dapat merealisas­ikan objektif untuk menyatukan semua alumni ILKBS dalam satu wadah yang dapat memberi kebaikan kepada alumni itu sendiri.

“Penubuhan persatuan ini, diharap dapat menjadi taruhan yang berpotensi memberi nilai tambah kepada ILKBS secara keseluruha­n.

“Alumni ILKBS yang mencecah 100,000 dan berkerjaya di pelbagai segmen industri perlu membina jaringan sistematik bagi mewujudkan serta membantu alumni meningkatk­an daya saing ILKBS dalam pelbagai lapangan dengan lebih berkesan.

“Dalam konteks ini, rasa pemilikan yang tinggi terhadap ILKBS penting tanpa mengira mana-mana institusi. Paling penting ia dapat memberikan khidmat dan sumbangan kepada institusi di mana mereka belajar suatu ketika dulu,” katanya.

Menerusi mesyuarat berkenaan, Samsudin Oli Mohamed dilantik sebagai Presiden penaja Persatuan Alumni ILKBS bersama sembilan jawatankua­sa lain antaranya Naib Presiden Basok Alwi Kalle Mangadji (IKTBN Bachok), Setiausaha Kehormat Muhammad Fahmi Mahyon (IKBN Alor Gajah) dan Bendahari Wan Nor Amirah Wan Hanapi (IKBN Jitra).

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan tanda permuafaka­tan untuk menyokong penubuhan ILKBS.
BERGAMBAR kenangan tanda permuafaka­tan untuk menyokong penubuhan ILKBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia