Harian Metro

20 perantis terima sijil

- Nor Hasnah Wahid rencana@hmetro.com.my

Antara kumpulan pertama bagi Program Inkubator

Jahitan Usahawan Siswa USIM

Seramai 20 perantis bagi program inkubator jahitan pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan bakal menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tidak lama lagi.

Kumpulan itu antara yang pertama bagi Program Inkubator Jahitan Usahawan Siswa USIM anjuran

Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an Siswa (PPKS) dengan kerjasama Hani D Unggul Sdn Bhd.

Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr

Musa Ahmad berkata, pelaksanaa­n program itu adalah usaha proaktif institusi terbabit meluaskan jalinan kerjasama dengan industri bagi meningkatk­an kemahiran keusahawan­an siswa.

Menurutnya, ia satu landasan awal USIM melahirkan graduan bersifat holistik yang bukan saja mempunyai kelayakan bersifat akademik tapi juga kemahiran yang membolehka­n mereka bergelar usahawan.

“Perkongsia­n kerjasama ini bertujuan memberi peluang siswa USIM mempelbaga­ikan cabang kemahiran termasuk keusahawan­an yang mampu membantu mereka selepas tamat pengajian.

“Ia juga usaha relevan USIM melahirkan lebih ramai graduan yang diharap berminat menjadi usahawan.

“Modul yang disediakan sangat menyeluruh bagi membantu peserta mendalami ilmu keusahawan­an dalam bidang jahit dan fesyen,” katanya ketika majlis perasmian, baru-baru ini.

Turut hadir, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Pengarah Eksekutif Hani D Unggul Sdn Bhd Mohamad Fairus Mohamad Talhah serta Pengarah Urusan Hani D Unggul Sdn Bhd Siti RohaniOthm­an.

Pada masa sama peserta perlu mengikuti empat modul ditetapkan sepanjang program iaitu menjahit baju kurung tradisiona­l, kemeja, jubah dan selendang.

 ??  ?? PESERTA program bergambar kenangan.
PESERTA program bergambar kenangan.
 ??  ?? TETAMU kehormat melihat kemampuan siswa USIM menjahit
pakaian.
TETAMU kehormat melihat kemampuan siswa USIM menjahit pakaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia