Harian Metro

KAGUMI MISERY

-

Namun, bagi Aliwi Omar (W33), 21, yang kini bernaung di bawah Digital Chaos, ia bukanlah satu masalah lebihlebih lagi dengan kehadiran kapten pasukan itu iaitu Rasmus Filipsen (Misery).

Katanya, ketika ditemui barubaru ini, dia selesa bermain di bawah penjagaan dan pemerhatia­n kapten yang berdedikas­i dan berpengala­man.

“Misery bukan saja tegas sebagai kapten tapi juga bijak dan tidak pernah mengeluh melatih kami bermain di bawah satu pasukan.

“Pengalaman­nya menyertai setiap kejohanan The Internatio­nal pada tahun 2011 sehingga kini membuatkan dirinya matang dan banyak belajar daripada pengalaman lalu,” katanya.

Menurutnya, kelebihan Misery terletak pada kepandaian­nya merancang ‘draft’ sebelum berdepan pasukan lawan.

“Untuk kejohanan berprestij Dota 2, dia (Misery) kerap mengambil risiko memilih hero sesuai untuk perlawanan.

“Dia banyak membuat kajian cara untuk menewaskan setiap hero dalam Dota 2. Dari situ, dia memilih hero yang sesuai untuk kami kerana dia tahu kelebihan setiap ahli memainkan hero tertentu,” katanya.

SASAR KEJOHANAN UTAMA

Aliwi simpan hasrat menangi The Internatio­nal

Selepas hampir setahun bersama Digital Chaos, Aliwi ingin memenangi kejohanan lebih penting tahun ini tidak lain tidak bukan, The Internatio­nal 7.

“Niat saya menjadi pemain game profesiona­l bukanlah sekadar minat tapi kepuasan. Namun, kepuasan sebenar ialah memenangi The Internatio­nal kerana ia adalah kejohanan terbesar Dota 2.

“Bukan wang tunai semata-mata yang dikejar tapi ia satu pencapaian untuk diri sendiri apabila kita dapat membantu keluarga pada usia muda dan harumkan nama negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia