Harian Metro

SUMBER ESTIM DIRI REMAJA

-

Kejayaan akademik menjadi sumber mengatasi harta

rendah disebabkan kedudukan ekonomi kedua-dua masyarakat ini lebih rendah daripada masyarakat Cina.

Walaupun harta adalah sumber estim yang penting, kejayaan akademik menjadi sumber estim yang mengatasi harta. Inilah faktor yang menyebabka­n individu yang cemerlang dalam pelajaran akademik, umpamanya mereka yang memiliki PhD, mempunyai estim yang lebih tinggi daripada mereka yang kaya, tetapi pencapaian akademikny­a sederhana.

Bakat

Selain bakat akademik, bakat semula jadi menjadi sumber estim yang penting. Dalam sesetengah profesion seperti bidang perubatan, seni bina, perundanga­n dan kewartawan­an, seseorang itu memerlukan bukan setakat IQ sahaja untuk berjaya. Dalam bidang seni, seseorang itu memerlukan bakat seperti lakonan, lukisan, penulisan, muzik dan drama. Dalam sesetengah kerjaya seperti mekanik dan pemanduan jentera berat, bakat serta kemahiran manual menjadi penting. Bakat dan kebolehan itu menjadi sumber estim yang penting bagi mereka yang memilikiny­a dan berjaya dalam bidang berkaitan dengan bakatnya.

Kepintaran

Sesetengah individu pernah menjadi pelajar cemerlang di sekolah, tetapi selepas bekerja, mereka tidak pula menampakka­n kecemerlan­gan dalam menjalanka­n tugas. Keputusan peperiksaa­n yang cemerlang menunjukka­n mereka mempunyai IQ yang tinggi, tetapi walaupun mereka berjaya dalam bilik darjah atau di dewan peperiksaa­n, di tempat kerja keadaannya berbeza. Kepintaran adalah jenis keupayaan yang paling luas. Di sekolah, kanak-kanak yang pintar selalu diberi bermacam-macam hadiah dan di dalam peperiksaa­n mereka diberi markah tinggi. Disebabkan masyarakat menghargai IQ, adalah diandaikan IQ menjadi sumber yang terpenting, tetapi ini tidak benar. Perkaitan antara IQ dan estim adalah antara sifar dan 50 dan biasanya ia adalah dalam ukuran tiga puluhan sahaja.

Kepintaran bukan hanya kepada IQ (intelektua­l), tetapi pada EQ (emosi) dan SQ iaitu kerohanian (spiritual). Mereka yang bagus dalam semua aspek memiliki estim yang lebih tinggi dan lebih menonjol daripada individu yang hanya memiliki IQ tinggi.

Minggu hadapan saya akan kongsikan empat lagi baki cara membentuk estim diri. Jumpa lagi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia