Harian Metro

Kekurangan hormon hypocretin

-

DARI MUKA 15

Berikutan itu katanya, penghidap perlu sedar apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan setiap masa selain perlu berteman tidak kira ke manasaja.

“Di Malaysia, kita belum ada data lengkap yang menunjukka­n berapa ramai individu menghidap narkolepsi. Namun untuk tahun lalu saja, kita menerima dua kes yang satu daripadany­a membabitka­n seorang pelajar kejururawa­tan,” katanya.

Dr Ashari berkata, pelajar perempuan berkenaan dikesan mempunyai simptom narkolepsi kerana mudah terlelap ketika sesi pembelajar­an, selain kerap tertidur di dalam kelas.

“Berdasarka­n pemerhatia­n awal, kita percaya pelajar ini berkemungk­inan besar mengalami gangguan tidur. Begitupun, kita masih mengkaji punca dan penyebab sebenar masalah yang dihadapi gadis berkenaan,” katanya.

Kata beliau, sehingga kini, punca sebenar terjadinya sindrom narkolepsi belum diketahui.

“Bagaimanap­un, ahli sains dan komuniti perubatan dunia percaya kekurangan neuropepti­da yang dipanggi1 orexin atau hypocretin menjadi punca utama narkolepsi.

“Kebiasaann­ya, sel orexin di hipotalamu­s otak melepaskan perangsang dipanggil orexin atau hypocretin yang bertindak mengawal imbangan tenaga, penghayata­n dan ganjaran. Namun, tanpa hypocretin, kita akan mudah terlelap atau tertidur,” katanya.

Ketika ini, Dr Ashari berkata pakar perubatan membahagik­an sindrom tidur mendadak kepada dua iaitu narkolepsi dan narkolepsi dengan serangan katapleksi.

“Penghidap narkolepsi biasanya mudah terlelap ketika melakukan sesuatu kerja. Berbeza dengan yang mengalami serangan katapleksi, mereka berdepan risiko tidur mendadak disertai kelumpuhan otot sementara terutama ketika dalam keadaan teruja.

“Ini bermakna, pesakit yang sedang berjalan, ketawa atau bersorak gembira boleh terduduk atau lumpuh seketika akibat hilang pertimbang­an secara tibatiba,” katanya.

Menghuraik­an punca narkolepsi, Dr Ashari berkata, penyakit itu tidak mempunyai kaitan dengan tekanan, gaya hidup atau pengambila­n sebarang ubat-ubatan.

“Semuanya berlaku kerana kekurangan hormon hypocretin. Bagi seseorang yang normal, mereka biasanya akan melalui fasa ‘non-REM’ seperti mengantuk, lali dan barulah terlelap. Namun bagi penghidap narkolepsi, mereka terus terlelap tanpa sedar.

“Inilah yang kita sebut sebagai serangan tidur. Atas sebab itu kita sering menasihatk­an individu yang mempunyai simptom narkolepsi supaya mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut di hospital.

“Jangan ambil mudah kerana narkolepsi adalah gangguan tidur kronik dan tidak boleh dikawal. Seelokelok­nya, kelompok ini tidak digalakkan bekerja dalam bidang industri atau manamana bidang membabitka­n pengendali­an mesin, memandu atau melakukan aktiviti berseorang­an,” katanya. -Intan Mas Ayu Shahimi

GEJALA AWAL

Mengantuk berlebihan pada siang hari

Kerap mengalami kelumpuhan otot sementara

Kerap terlelap ketika melakukan aktiviti

SESIRAWATA­NYANG DISTORKAN PAKAR HKL

Sesi perbincang­an bagi mendapatka­n sejarah perubatan dan latar belakang pesakit serta keluarga

Pemeriksaa­n fizikal Sekiranya wujud gejala atau simptom tidur mendadak, pesakit perlu melalui prosedur kajian tidur

Multiple sleep Latency Test (MSIT) untuk membezakan punca tidur berlebihan

Kaunseling kepada pesakit berdasarka­n kesimpulan diperoleh

KATEGORI NARKOLEPSI

Narkolepsi (tidur mendadak ketika melakukan aktiviti)

Narkolepsi dengan katapleksi (tidur mendadak disertai kelumpuhan otot sementara ketika pesakit dalam keadaan teruja)

Individu ada simptom narkolepsi dinasihatk­an

dapat pemeriksaa­n lanjut di hospital

 ?? FOTO ?? DR Ashari menunjukka­n bagaimana narkolepsi boleh berlaku. Pesakit yang sedang berjalan, ketawa atau bersorak gembira boleh terduduk atau lumpuh seketika akibat hilang pertimbang­an secara tiba-tiba
FOTO DR Ashari menunjukka­n bagaimana narkolepsi boleh berlaku. Pesakit yang sedang berjalan, ketawa atau bersorak gembira boleh terduduk atau lumpuh seketika akibat hilang pertimbang­an secara tiba-tiba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia