Harian Metro

Lengkap penjagaan kesihatan dengan jus halia

-

Kesihatan dan kecergasan adalah anugerah tidak ternilai yang perlu dijaga sebaik-baiknya. Selain bersenam, amalan pemakanan seimbang dan rehat mencukupi amat penting untuk mengekalka­n dan meningkatk­an tahap kesihatan.

Namun kesibukan dan tabiat pemakanan kadangkala menjadikan ramai yang kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan apatah lagi kita sentiasa dikeliling­i pelbagai sajian enak.

Orang dulu mengamalka­n pengambila­n ulam dan herba tetapi dalam keadaan sekarang, perkara ini agak sukar dilakukan khususnya dalam kalangan golongan muda yang kurang berselera untuk menikmati sayur-sayuran.

Antara langkah mudah untuk menjaga kesihatan ialah dengan mengambil makanan atau minuman tambahan seperti Jus

Halia Sauda Anugerah. Ramuan semua jadinya memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat terutama warga emas.

Apabila umur meningkat, tahap kecergasan juga akan berkuranga­n yang menyebabka­n ramai keberatan untuk bersenam dengan alasan ia memenatkan. Mungkin ramai tidak tahu, bersenam adalah cara untuk kita mendapatka­n tenaga dan kecergasan, walaupun dengan senaman yang ringkas dan mudah seperti berjalan.

Selepas bersenam, lengkapkan rutin penjagaan kesihatan dengan mengambil jus halia ini. Ia dirumus menggunaka­n enam bahan utama iaitu halia, bawang putih, cuka epal, limau nipis, habbatus sauda dan madu yang sering membantu memberi kecergasan badan khususnya dalam kalangan masyarakat Arab sejak zaman dulu.

Enam ramuan ini mempunyai khasiat tersendiri. Halia membantu proses penyingkir­an toksin semula jadi tubuh, bawang putih pula efektif dalam membantu mengekalka­n kecantikan, cuka epal membantu melancarka­n pencernaan, limau nipis sejak dulu digunakan sebagai ramuan tradisiona­l penjagaan badan, habbatus sauda terkenal dengan pelbagai khasiatnya yang tidak ternilai dan madu sebagai sumber tenaga segera.

Semua bahan istimewa ini digabungka­n dalam satu botol 375ml dan dijual pada harga RM55.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia