Harian Metro

Asma usah dipandang mudah

- Rodly Fadly wanitametr­o@hmetro.com.my

Batuk waktu malam atau awal pagi tanpa henti antara simptom awal

Jika anak anda mengalami batuk berpanjang­an pada malam hari, jangan ambil mudah atau menganggap­nya sebagai batuk biasa. Sebaliknya bertindak segera membawanya mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan susulan terutama jika rawatan awal tidak membawa sebarang perubahan positif.

Ini kerana menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Kamaruddin Ahmad, batuk pada waktu malam atau awal pagi tanpa henti antara simptom awal kanak-kanak diserang asma.

Walaupun ada ibu bapa yang menganggap asma tidak berbahaya, Dr Kamaruddin menegaskan jika dibiarkan ia boleh membawa kepada komplikasi lebih serius seperti sesak nafas malah kematian.

Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya memandang enteng ancaman penyakit asma ke atas anak mereka walaupun peratusan kematian kanak-kanak akibat asma tidak tinggi.

Menurutnya, statistik menunjukka­n penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak tidak serius namun tetap memberi kesan jika tidak ditangani dengan bersungguh­sungguh.

“Asma adalah penyakit yang membabitka­n saluran pernafasan yang terlebih sensitif menyebabka­n ia mudah menghasilk­an lendir dan mengecut apabila terdedah kepada faktor tertentu.

“Asma dalam kalangan kanak-kanak bermula daripada usia satu tahun ke atas. Kanak-kanak di bawah umur setahun tidak mengalami asma sebaliknya lebih mudah terkena jangkitan kuman atau radang paru-paru.

“Ada tiga faktor utama yang menjadi penyebab kanak-kanak diserang asma. Pertama, hampir 70 peratus kes asma kanakkanak berpunca daripada keturunan. Selebihnya kerana berlaku jangkitan virus pada paru-paru dan akibat masalah jantung.

“Antara penyebab sampingan asma ialah asap rokok, bulu haiwan peliharaan, lipas, habuk, asap kenderaan, debunga dan faktor cuaca.

“Antara simptom yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal pasti penyakit asma ialah anak hanya batuk pada waktu malam atau awal pagi sedangkan pada waktu siang pula keadaannya normal,” katanya.

Di samping itu petanda awal asma boleh dikenal pasti melalui kesihatann­ya. Seseorang yang menghidap asma hanya akan batuk tapi tidak mengalami demam atau selesema.

Jika dia batuk, demam dan selesema serentak, itu bukan asma tapi jangkitan kuman.

Menurutnya, kanakkanak yang menghidap asma juga boleh dikesan apabila dia kerap mengalami semput atau sesak nafas.

Walaupun dalam kebanyakan kes, penyakit asma kanak-kanak akan hilang dengan sendiri apabila meningkat dewasa, rawatan masih diperlukan semasa mereka mengalamin­ya.

“Terdapat beberapa komplikasi akan berlaku jika rawatan asma diabaikan. Antaranya ia akan mengganggu tumbesaran kanakkanak berkenaan. Selain itu, sudah tentu batuk yang berpanjang­an akan menjejaska­n kesihatann­ya kerana tidak dapat tidur pada waktu malam.

“Ia akan menyebabka­n berlaku semput dan lebih serius kerosakan paru-paru akibat jangkitan kuman yang boleh membawa maut terutama apabila ia merebak ke anggota penting lain.

“Kanak-kanak asma yang mengalami sesak nafas juga boleh meninggal dunia jika tidak diberi bantuan segera,” katanya.

UBAT UNTUK CEGAH

DAN KAWAL

Menurut Dr Kamaruddin, sehingga sekarang belum terdapat ubat yang mampu menyembuhk­an asma sebaliknya ubat-ubatan yang dibekalkan lebih bersifat melindungi kanakkanak daripada diserang asma serta mengawalny­a.

Malah, dia mengingatk­an ibu bapa agar memastikan anak mereka mengambil ubat setiap hari walaupun ketika itu anak terbabit kelihatan sihat dan tidak mengalami simptom asma.

“Ada ibu bapa yang mengabaika­n pengambila­n ubat secara rutin kerana tidak mahu anak mereka terlalu bergantung pada ubat. Sebaliknya, mereka hanya memberi ubat apabila anak diserang asma.

“Cara ini tidak betul kerana seperti saya katakan ubat yang dibekalkan bukan untuk merawat tapi mencegah atau mengawal. Apabila pengabaian terhadap pengambila­n ubat berlaku, anak akan lebih mudah diserang asma.

“Bagi pesakit asma yang agak serius, steroid akan digunakan atas nasihat doktor melalui inhaler yang berfungsi mengurangk­an bengkak dan radang di saluran pernafasan serta mencegah asma. Ia juga perlu digunakan setiap hari sehingga keadaan asma terkawal,” katanya.

Dr Kamaruddin berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang dengan pengambila­n ubat asma kerana ia tidak memberi kesan sampingan. Ubat yang diambil hanya diserap ke paru-paru.

Mengenai rawatan kecemasan yang perlu diberikan apabila anak diserang asma, ibu bapa perlu sentiasa bersiap siaga dengan menyediaka­n inhaler atau nebulizer di rumah.

“Kaedah terkini yang semakin popular ialah penggunaan nebulizer alat ini mampu mengubah ubat asma dalam bentuk cairan kepada wap atau aerosol dan mudah disedut ke dalam sistem pernafasan.

“Ia membantu melancarka­n pernafasan dengan berkesan sehingga memberi kelegaan kepada penghidap asma,” katanya.

Ada pelbagai jenis nebulizer, sama ada hanya untuk kegunaan di rumah atau boleh dibawa ke mana-mana. Harganya antara RM200 hingga RM400 bergantung kepada model dan jenama.

“Namun, jika asma anak agak parah, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada alat ini. Sebaliknya anda perlu segera membawa anak mendapatka­n rawatan doktor,” ujarnya.

Sebagai pakar kanakkanak, Dr Kamaruddin menasihati ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman penyakit ke atas anak masingmasi­ng kerana jika tidak diberi perhatian serius, penyakit seperti asma pun boleh menjadi pembunuh!.

 ??  ?? Kanak-kanak asma yang mengalami sesak nafas juga boleh meninggal dunia jika tidak diberi bantuan segera
Kanak-kanak asma yang mengalami sesak nafas juga boleh meninggal dunia jika tidak diberi bantuan segera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia