Harian Metro

Karam dirempuh kapal tangki

-

Seorang pemilik kerugian RM 1.3 juta selepas botnya karam akibat berlanggar dengan sebuah kapal tangki kira-kira 38 kilometer dari muara Kuala Kurau, Taiping, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, menyebabka­n empat awak-awak dan seorang tekong warga asing yang mengendali­kan bot berkenaan terpaksa terjun laut untuk menyelamat­kan diri.

Semua mangsa bagaimanap­un berjaya diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan berkenaan sebaik menerima maklumat mengenainy­a daripada Pusat Operasi Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pemilik, Ong Soo Chuan, 38, berkata, bot itu keluar bersama lima bot lain miliknya dari pelantar di Bangan Panchor, Kuala Kurau pada jam 6 pagi, semalam.

Menurutnya, tekong menceritak­an bot mereka dilanggar dari belakang oleh kapal tangki berkenaan yang kemudian menyebabka­n bot pecah dan dimasuki air sebelum karam.

“Dalam masa sejam bot itu kemudian tenggelam dan semua pekerja saya terpaksa terjun laut bagi menyelamat­kan diri dan terapung selama setengah jam dengan bantuan pelampung sebelum dibantu rakan nelayan lain.

“Akibat kemalangan itu, saya menanggung kerugian besar namun lega apabila kejadian itu tidak membabitka­n kemalangan jiwa dan menganggap ia dugaan paling besar sebelum sambutan Tahun Baru Cina kali ini,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Maritim Daerah Maritim 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya mengerakka­n sepasukan anggota Kapal Maritim (KM) Nyalau yang melakukan operasi khas bagi memberikan bantuan.

“Bot kilat 30 dari Pangkalan Maritim Kuala Kurau turut membantu operasi SAR selain bantuan daripada TLDM yang menggunaka­n sebuah helikopter bagi membantu operasi,” katanya pada sidang media di Jeti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, di sini, semalam.

Menurutnya, seorang daripada mangsa cedera ringan di kaki kanan manakala yang lain tidak cedera dan semua mereka dibawa ke Pejabat Daerah Maritim 3 Lumut untuk siasatan serta tindakan lanjut.

 ??  ?? BOT yang karam selepas dilanggar sebuah kapal tangki, semalam.
ZULINDA (dua kiri) bertemu mangsa yang cedera.
BOT yang karam selepas dilanggar sebuah kapal tangki, semalam. ZULINDA (dua kiri) bertemu mangsa yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia