Harian Metro

Arak campuran air

-

Kuala Lumpur: Air paip dicampur dengan alkohol untuk mengaut lebih untung. Itu antara taktik kebanyakan pusat hiburan terkenal yang dikesan menjual arak palsu kepada pelanggan.

Kegiatan itu yang dilakukan bagi mendapatka­n keuntungan berlipat kali ganda tidak disedari pelanggan yang sanggup membelanja­kan ratusan ringgit untuk membeli sebotol arak.

Penipuan itu bagaimanap­un terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu tiga pusat hiburan terkenal di Jalan P Ramlee dan Jalan Doraisamy, di sini, selain merampas ratusan botol minuman keras.

Dalam serbuan jam 5 petang kelmarin, 185 botol minuman keras dirampas hasil risikan bahagian penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Kuala Lumpur dan aduan awam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutua­n, Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, semua minuman keras itu dikesan menggunaka­n botol dan label produk tulen untuk mengaburi mata pelanggan.

Katanya, arak jenama terkenal itu disahkan tiruan oleh pemilik cap dagang yang sah dan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Pengedaran minuman keras yang dipercayai didalangi oleh sindiket itu dikesan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dan pembeli dengan menggunaka­n label atau pelekat menyerupai botol minuman keras asli.

“Pihak penguat kuasa merampas 185 botol minuman keras pelbagai jenama dijual di dua premis berkenaan yang dipercayai tiruan.

“Antara minuman keras tiruan yang dirampas membabitka­n jenama Chivas Regal, Black Label, Jack Daniels, Martel VSOP, Martel Cordon Bleu dan Gold Label,” katanya. Menurutnya, penyebaran minuman keras tiruan ini di pasaran dikhuatiri membahayak­an kesihatan pengguna.

Katanya, arak tiruan ini dibimbangi boleh memudarat kesihatan pengguna kerana ramuannya mungkin terdiri daripada pelbagai bahan yang tidak diluluskan.

“Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM16,780 berdasarka­n harga pasaran semasa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2), Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa minuman keras di sebuah premis yang diserbu.
ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa minuman keras di sebuah premis yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia