Harian Metro

BOS BESAR KAKI LIMA

„ Bekas CEO hotel bergelanda­ngan selepas letak jawatan selesa bekerja sebagai pengawal keselamata­n

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Mungkin ramai yang menganggap gelandanga­n hanya terdiri golongan mengemis, malas bekerja atau tidak waras, walhal ada antara mereka sebenarnya mempunyai ijazah dan berjawatan tinggi termasuk pernah menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat.

Itu penemuan mengejutka­n wartawan Harian Metro ketika membuat tinjauan gelandanga­n di ibu kota selama beberapa jam berakhir awal pagi semalam.

Seorang daripada gelandanga­n yang ditemui mendedahka­n dia sebenarnya bekas CEO sebuah hotel eksklusif di selatan tanah air sebelum mengambil keputusan nekad berhijrah ke ibu kota demi mencari ‘kesempurna­an’ hidup.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli, 50, itu berkata, semuanya bermula apabila dia meletak jawatan disandangn­ya dan bertukar kerjaya menjadi pembantu jururawat di hospital swasta di ibu kota setahun lalu.

Katanya, langkah itu diambil kerana tertekan dengan tugas dan tanggungja­wab yang datang bersama jawatan besar disandangn­ya selain ingin mencuba pekerjaan biasa namun beberapa bulan kemudian dia mengalami masalah tulang belakang akibat terjatuh menyebabka­nnya terpaksa bertukar kerja sebagai pengawal keselamata­n.

“Bagi saya, ada hikmah di sebalik rentetan kejadian itu. Saya merantau ke Kuala Lumpur dan menjadi gelandanga­n kemudian bertukar kerja tanpa menggunaka­n ijazah yang saya miliki. Akhirnya saya tahu apa yang menyempurn­akan kehidupan saya iaitu solat.

“Selepas bekerja sebagai pengawal keselamata­n, setiap hari saya boleh solat berjemaah dan seperti ada tenaga tambahan terhasil daripada rutin harian saya itu,” katanya ketika ditemui berkhidmat sebagai pengawal keselamata­n di sebuah agensi kerajaan, di sini.

Berbual selama beberapa jam dengan Ramli, terbukti dia bukan gelandanga­n biasa malah mempunyai pengetahua­n luas dalam bidang perniagaan selain boleh berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

‘Ujian’ ringkas itu dilakukan wartawan bagi memastikan lelaki ini tidak ‘bercakap kosong’ untuk meraih publisiti murahan.

Bercerita lanjut Ramli berkata, meskipun pendapatan­nya tidak seberapa berbanding ketika menyandang jawatan tinggi dulu, namun dia tenang dengan kehidupann­ya kini, malah mempunyai masa untuk mempelajar­i ilmu agama dan mendengar ceramah.

Katanya, atas keberkatan pekerjaann­ya itu, dia diberikan penginapan khas oleh Yayasan Kebajikan Negara dan bersyukur kerana tidak lagi tinggal di Pusat Transit Gelandanga­n (PTG).

“Di PTG saya sering diperhatik­an serta banyak barang saya yang hilang termasuk ijazah dan beberapa sijil anugerah antarabang­sa meskipun mempunyai ramai rakan baik di sana.

“Tetapi saya tetap berkunjung ke PTG dan Anjung Singgah supaya boleh berjumpa rakan berikutan ia lokasi permulaan saya sebagai gelandanga­n,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, status dirinya sekarang tidak diketahui 15 lagi adik-beradiknya lantaran ia sengaja dirahsiaka­n kerana tidak mahu keluarga kecewa apabila mengetahui dia menjadi pengawal keselamata­n sedangkan dia mempunyai banyak pilihan lain.

“Saya selesa dengan kehidupan kini. Saya boleh solat berjemaah setiap hari berbanding ketika mempunyai pangkat tinggi dulu yang melekakan untuk sujud kepada Maha Pencipta.

“Berada di PTG menyedarka­n saya apabila dapat berkongsi pengalaman hidup dengan penghuni lain yang rata-rata bekas penagih dadah dan bekas penjenayah,” katanya yang mempunyai Ijazah Pentadbira­n Perniagaan.

Bagi Ramli, pekerjaan sebagai pengawal keselamata­n hanya sementara kerana jika diizinkan Allah dia bercadang melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang agama seperti syariah dan al-Quran.

 ??  ??
 ??  ?? Saya selesa dengan kehidupan kini dapat solat berjemaah setiap hari
Ramli
Saya selesa dengan kehidupan kini dapat solat berjemaah setiap hari Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia