Harian Metro

RENGEKAN TUMOR OTAK

Bayi setahun derita hidap ketumbuhan otak tahap empat dipasang tiub dari kepala ke perut

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Tangisan diselangi perkataan ‘kit...kit...kit! sambil tangan si kecil memegang kuat kepalanya, sudah cukup membuatkan hati sesiapa terusik apatah lagi ibunya sendiri, Nurul Akmar Alias, 30, yang melihat penderitaa­n bayinya setiap hari.

Bayi ibu tunggal itu, Nur Alisya Naufaleen Abdul Qayyum yang berusia setahun sembilan bulan disahkan menghidap ketumbuhan otak tahap empat dan bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu hari ini.

Demi bayinya, Nurul Akmar turut berperang dengan perasaan sebagai ibu kerana terpaksa berjauhan dengan dua lagi permata hatinya, Nurul Umi Khadijah, 10, dan Nurul Ummie Emelda, 8, yang diletakkan di bawah jagaan pengasuh di Klang, Selangor setiap hari.

Naluri keibuan mengingink­annya berada di samping semua anaknya namun dia mengorbank­an perasaan itu sejak akhir November lalu berikutan terpaksa berulang alik ke hospital bagi merawat anak bongsunya.

Dia kini tidak dapat meneruskan kerja sebagai penyelia kedai alat telekomuni­kasi kerana masanya banyak dihabiskan di Hospital Sungai Buloh yang diibaratka­n sebagai rumah kedua buatnya.

Ketika penulis menziarahi­nya di hospital terbabit, kelihatan ibu tunggal ini sibuk melayan kerenah bayinya termasuk memberi makan dan susu. Sesekali turut diselangi dengan tangisan anak kecil itu yang meragam.

Menurut Nurul Akmar, anak bongsunya berkelakua­n begitu mungkin disebabkan kesan selepas menjalani pembedahan memasukkan tiub yang menghubung­kan otak hingga ke perut pada 5 Januari lalu bertujuan menghalang cecair bertakung di saraf tunjang otak.

“Mungkin dia tak selesa tiub itu berada dalam badannya. Tiub ini penting bagi menyedut lebihan cecair di saraf otaknya dan diserap ke kulit.

“Doktor kata jika ditakdirka­n umur Alisya panjang, tiub ini boleh digunakan sehingga dua tahun dan perlu diganti setiap dua tahun,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu penyakit yang menimpa Alisya sehingga dia perasan perkembang­an anaknya itu tidak seperti bayi normal lain dan kepalanya semakin membesar.

“Sebagai ibu, saya risau kenapa sudah setahun lebih anak saya tak boleh berjalan dan jika duduk asyik jatuh. Tak sangka rupanya ada penyakit lebih serius terjadi kepada anak saya.

“Walaupun ia terlalu berat bagi saya, saya tahu saya kena kuat demi Alisya,” katanya yang sudah sebulan tidak bekerja.

Katanya, dia bersedia dengan segala kemungkina­n berikutan pakar perubatan memaklumka­n segala risiko pembedahan yang bakal dihadapi bagi membuang ketumbuhan bersaiz enam sentimeter yang semakin membesar itu.

“Saya kini tiada pilihan, mahu tak mahu pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin walaupun sedar ia berisiko.

“Saya mungkin kehilangan­nya selama-lamanya atau jika selamat kemungkina­n beberapa derianya terjejas termasuk suara, pendengara­n dan penglihata­nnya.

“Tetapi sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan mengharapk­an keajaiban berlaku kepada anak saya nanti,” katanya.

Nurul Akmar berkata, selain Alisya tanggungja­wabnya terhadap dua lagi anaknya tidak dilupakan apabila setiap malam rutin hariannya adalah membuat panggilan video kepada mereka bagi melepaskan kerinduan.

Orang ramai yang ingin memberikan sokongan boleh menghubung­i Nurul Akmar di talian 016-6924328 atau boleh juga menyalurka­n bantuan ke akaun Maybank milik ibu tunggal itu (1624691591­89) bagi meringanka­n beban perbelanja­an ditanggung­nya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Akmar menunjukka­n gambar ketumbuhan otak
Nur Alisya.
„ introtext
NUR Akmar menunjukka­n gambar ketumbuhan otak Nur Alisya. „ introtext
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia