Harian Metro

AYAHIBU KORBAN DENGGI

„ Tiga beradik hilang ibu bapa akibat denggi

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tiga beradik jadi yatim piatu sekelip mata,” demikian kata Nor Hidayah Azlan yang kehilangan ibu dan bapanya akibat demam denggi, minggu lalu.

Hidayah, 23, berkata, bapanya, Azlan Md Din, 49, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, pada 16 Januari manakala ibunya, Normah Amiruddin, 45, meninggal dunia pada 17 Januari lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, adik bongsu, Mohd Firdaus, 14, turut dikejarkan ke HPP kerana mengalami simptom sama di Pangsapuri Taman Delima, Juru, di sini.

“Pada mulanya ayah mengadu lemah seluruh badan dan demam panas sebelum dihantar ke HSJ pada 14 Januari manakala mama dihantar ke Hospital Bukit Mertajam sehari kemudian sebelum dirujuk ke HPP.

“Azlan pula dihantar ke HPP pada 16 Januari iaitu hari sama ayah meninggal dunia,” katanya yang juga pelajar tahun akhir Diploma Multimedia di Kolej Poly Tech Mara, Ipoh, Perak.

Hidayah berkata, selepas sehari bapanya menghembus­kan nafas terakhir pada 16 Januari, ibunya turut disahkan meninggal dunia.

“Mama terlalu lemah hingga terpaksa dipapah setiap kali mahu ke bilik air dan doktor memberitah­u sistem antibodiny­a sangat lemah.

“Namun, saya bersyukur kerana adik bongsu kuat semangat dan berjaya melawan penyakitny­a serta pulih seperti sediakala,” katanya.

Menurutnya, dia dan dua adiknya reda dengan ujian menimpa mereka serta mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya akan menghabisk­an semester akhir dan Firdaus yang belajar dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai Indah akan terus tinggal di sini dengan ditemani adik kedua, Mohd Ridzuan Izham, 18, serta ibu saudara kami,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perbadanan Pangsapuri Taman Delima, Yahya Othman berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumka­n mengenai berita kematian penduduk di kawasan itu akibat demam denggi.

Menurutnya, pangsapuri itu sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga dengan baik sehingga dinobatkan pangsapuri terbaik.

“Kami sangat berdukacit­a dengan kejadian ini yang di luar jangkaan namun akan mengambil iktibar dan sentiasa membersihk­an kawasan perumahan ini,” katanya.

Saya bersyukur kerana adik bongsu kuat semangat dan berjaya melawan penyakitny­a”

Nor Hidayah Azlan

 ??  ??
 ??  ?? NOR HIDAYAH (tengah) bersama dua adiknya, Muhammad Ridzuan Idzham (kiri) dan Mohd Firdaus yang sebak selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat wabak denggi di Taman Delima Indah, Juru, Pulau Pinang.
NOR HIDAYAH (tengah) bersama dua adiknya, Muhammad Ridzuan Idzham (kiri) dan Mohd Firdaus yang sebak selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat wabak denggi di Taman Delima Indah, Juru, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia