Harian Metro

SEKITAR BANJIR

USTAZAH LEMAS DALAM KERETA ‘TERSADAI’ DIBAWA ARUS 3 KERANDA TIMBUL

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Jertih

“Isteri sempat telefon memaklumka­n kereta dipandunya terbabas ke parit dengan air sudah masuk ke kereta,” kata Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, suami kepada Masni Ngah@Mohd Jaiz, 44.

Wanita itu ditemui lemas selepas kereta dipandunya terbabas ke parit dalam kejadian di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang juga ustazah di Kolej

Vokasional Besut dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut Ahmad Ruzaizi, dia yang ketika itu berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu isterinya.

Dia yang juga seorang guru berkata, kereta Perodua Myvi dipandu isterinya tenggelam dan hanya nampak bumbung ketika dia sampai di lokasi.

“Saya kemudian mengambil besi di dalam kereta untuk memecahkan cermin keretanya bagi menyelamat­kan isteri.

“Saya berenang ke arahnya dan sebaik memecahkan cermin, saya membawanya keluar lalu meletak di atas bumbung.

“Bagaimanap­un, dia sudah tidak bernyawa dan saya menunggu pasukan penyelamat datang membantu. Saya terima ujian ini,” katanya ketika ditemui Unit Forensik Hospital Besut.

Hasil perkahwina­n Ahmad Ruzaizi dan Masni, mereka dikurniaka­n enam anak berusia antara tujuh hingga 18 tahun.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera Mohd Mahdi Musa turut meluangkan masa melawat keluarga mangsa yang berada di hospital.

Jenazah MaSni dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja selepas solat Isyak.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitka­n sebuah kereta di lokasi kejadian jam 2.20 petang.

“Bagaimanap­un, mangsa sudah meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi sebelum

mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke parit sebelum lemas selepas terperangk­ap di dalam kenderaann­ya itu.

“Mayat mangsa akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n sebaik selesai bedah siasat,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Penolong Penguasa Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.50 tengah hari sebelum sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik pihaknya tiba didapati mayat mangsa sudah berada di atas bumbung sebelum mengangkat­nya dari atas kenderaann­ya itu kira-kira 10 meter dari jalan.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk membawa mayat mangsa ke tepi jalan manakala usaha menarik kereta pula membabitka­n masa kira-kira 20 minit.

“Kita terpaksa menggunaka­n jentolak untuk menarik kenderaan itu ke atas jalan semula dari kawasan parit yang mencecah kedalaman hampir dua meter,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menenangka­n anak mangsa.
AHLI keluarga menenangka­n anak mangsa.
 ??  ?? MASNI Ngah
MASNI Ngah
 ??  ?? Bagaimanap­un, dia sudah tidak
bernyawa
Ahmad Ruzaizi
Bagaimanap­un, dia sudah tidak bernyawa Ahmad Ruzaizi
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa lemas di Paya Rawa, Besut.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa lemas di Paya Rawa, Besut.
 ??  ?? KERETA yang dipandu mangsa terbabas ke dalam parit di Paya Rawa, Besut.
KERETA yang dipandu mangsa terbabas ke dalam parit di Paya Rawa, Besut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia