Harian Metro

LELAKI TERAGUNG JUARA AJL 31

„ Terimaku Seadanya ciptaan Ajai mendapat tempat kedua, Sudah Ku Tahu ketiga

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh wartawan hiburan Metro Ahad Iman Imran nyanyian penyanyi Dayang Nurfaizah dinobat sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31 yang berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Lagu itu yang membawa pulang trofi, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000, telefon pintar dan hadiah wang tunai RM50,000 turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000.

Kemenangan kategori Vokal Terbaik menyaksika­n Dayang mengulangi sejarah AJL tiga tahun berturut-turut.

AJL31 turut menyaksika­n lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangk­an Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dipersemba­hkan oleh Projector Band, menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Selain itu, kumpulan Khalifah diumumkan pemenang kategori Persembaha­n Terbaik, sekali gus memenangi trofi, telefon pintar dan RM12,000.

AJL 31 membawa tema Cerita Dalam Lagu yang memberi pengiktira­fan kepada penulis lirik terkemuka iaitu arwah Juwie dan arwah Loloq yang banyak membantu memartabat­kan industri seni tanah air menerusi lirik lagu tulisan mereka.

Malam kemuncak AJL 31 diacarakan oleh empat pengacara popular iaitu Fara Fauzana, Serimah Ibrahim, Awal Ashaari dan Fizie.

Acara berprestij ini juga menyaksika­n persembaha­n selebriti popular. Antaranya persembaha­n pembukaan dimulakan dengan kumpulan El Gamma Panumbra bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Gemilang, selain persembaha­n interlude daripada Man Bai,

Ameng dan Ella.

 ??  ??
 ??  ?? DAYANG bersama Natasyah dan Iman Imran bersama trofi kemenangan.
DAYANG bersama Natasyah dan Iman Imran bersama trofi kemenangan.
 ??  ?? MISHA Omar (tengah) rangkul tempat kedua.
MISHA Omar (tengah) rangkul tempat kedua.
 ??  ?? KHALIFAH pemenang persembaha­n terbaik.
KHALIFAH pemenang persembaha­n terbaik.
 ??  ?? PROJECTOR Band merangkul tempat ketiga.
PROJECTOR Band merangkul tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia