Harian Metro

‘AWEK COMEL’ DIJEL 8 BULAN

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

„ Mengaku curi dompet di surau wanita

Tindakan licik seorang lelaki yang menyamar wanita comel bertudung di dalam surau sebuah kompleks beli-belah untuk mencuri dompet ketika mangsa menunaikan solat mendapat balasan apabila dia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Atiqah Abd Karim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, apabila dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bekas banduan yang tidak pernah serik kerana dipenjarak­an sebelum ini atas kesalahan sama dilihat tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang memakai tudung ‘Pucci’ dan menyolek wajahnya menyerupai wanita ketika melakukan jenayah itu menjalani hukuman bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dompet Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita tingkat 1, kompleks beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini, jam 9.40 malam, 18 Februari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal disebabkan tertuduh melakukan kesalahan di rumah ibadat.

 ??  ??
 ??  ?? TERTUDUH ketika ditahan pengawal keselamata­n pusat beli-belah sebelum diserahkan kepada polis.
TERTUDUH ketika ditahan pengawal keselamata­n pusat beli-belah sebelum diserahkan kepada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia