Harian Metro

MARAH ISTERI TERBAKAR DIRI

„ Lelaki cuba bakar motosikal keluarga isteri disambar api petrol

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Tindakan seorang lelaki cuba membakar motosikal milik keluarga isterinya memakan diri apabila disambar api hingga melecur di badan dalam kejadian di Kampung Tok Pulau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, lelaki berusia 32 itu dikatakan ke rumah isteri membawa satu tin petrol untuk membakar motosikal itu kerana berdendam dengan wanita terbabit disebabkan masalah keluarga.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superinten­dan Wari Kiew berkata, sebaik api menyala pada motosikal terbabit, simbahan petrol buat kali kedua memakan diri apabila api menyambar tubuhnya.

“Akibat disambar api mangsa rebah kesakitan dan penduduk setempat bertindak mengikatny­a selepas api dipadamkan sebelum menghubung­i polis.

“Lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah bagi mendapatka­n rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api selepas selesai menjalani rawatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, semalam.

Wari berkata, siasatan mendapati lelaki itu tinggal berasingan dengan isterinya sejak dua tahun lalu.

Namun, katanya, wanita itu memberitah­u dia melahirkan seorang bayi dan meminta untuk menasabkan nama suaminya kepada bayi berkenaan.

“Hal itu menyebabka­n lelaki terbabit berang memandangk­an status bayi itu menjadi tanda tanya dan pergi ke rumah keluarga isteri bagi melunaskan hajatnya (membakar motosikal).

“Hasil perkahwina­n mereka mempunyai dua anak yang tinggal bersama wanita terbabit di kampung Tok Pulau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia