Harian Metro

Tolak cadangan Korea Utara

-

bantuan berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Sebelum ini, Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol menuntut negara ini untuk menjalanka­n siasatan bersama berhubung kes pembunuhan itu.

Kang Chol mendesak supaya Korea Utara dibenarkan menyertai siasatan terhadap kematian seorang warga republik itu selepas menuduh Malaysia ‘bersekongk­ol dan mengikut telunjuk kuasa luar’.

Sementara itu, Khalid mengesahka­n tiga suspek polis yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan sudah dilanjutka­n perintah tahanan reman selama tujuh hari lagi.

Khalid berkata, permohonan dibuat terhadap suspek wanita yang menggunaka­n pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aisyah, 25, yang menggunaka­n pasport Indonesia serta seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47.

“Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Korea Utara supaya menghormat­i kedaulatan undang-undang Malaysia dalam siasatan kes pembunuhan Kim

Jong-nam.

Katanya, kerajaan negara itu tidak harus mempersoal­kan kredibilit­i siasatan yang dilakukan oleh PDRM.

“Kita hormati budaya dan hak asasi yang ada pada seseorang dan dalam waktu yang sama kita mengikut amalan diplomatik dan proses diplomasi antarabang­sa.

“Perundanga­n sesebuah negara harus dihormati dan inilah yang diamalkan oleh Malaysia dan kita juga menghormat­i undang-undang negara lain jika terdapat warga Malaysia yang terbabit dengan aktiviti jenayah dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia