Harian Metro

Dibalun cium penguat kuasa DBKL Disambar sang bedal

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Tindakan seorang lelaki menyerang dan mencium pegawai penguatkua­sa wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengundang padah apabila dia dibelasah orang awam dalam kejadian di Jalan Gading di sini.

Dalam kejadian jam 7.20 malam kelmarin, mangsa berusia 27 tahun itu dikatakan sedang membuat rondaan bersama rakan setugas di lokasi kejadian berhampira­n sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa dikatakan sedang mengeluark­an kompaun terhadap sebuah kereta atas kesalahan meletak kenderaan di kawasan dilarang.

“Ketika mangsa mengeluark­an kompaun, muncul seorang lelaki tidak dikenali sedang merayau-rayau di lokasi kejadian dan mengganggu mangsa.

“Suspek kemudian menghampir­i mangsa dan memujinya cantik. Namun, tindakan lelaki itu menyebabka­n mangsa mengarahka­nnya supaya beredar kerana dia mahu mengambil gambar kereta yang disaman itu,” katanya.

Mohd Sukri berkata, lelaki berusia 35 tahun itu kemudian bertindak agresif apabila memegang muka mangsa menggunaka­n kedua-dua belah tangannya sebelum mencium mulut wanita terbabit.

Seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan gigitan buaya di Sungai Tapang Peking Baram, di sini, pagi semalam.

Mayat Agnes Luang, 18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.10 pagi pada jarak dua kilometer dari lokasi dia disambar buaya petang kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dikatakan mandi di sungai berkenaan sebelum mangsa tiba-tiba disambar reptilia itu sambil terkapai-kapai meminta pertolonga­n.

Apabila Agnes lenyap dibaham buaya itu bersama arus sungai, ibunya memaklumka­n kejadian kepada penduduk kampung yang kemudian menghubung­i pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, keadaan mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna, namun terdapat kesan gigitan buaya pada tubuhnya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke pusat operasi sementara sebelum dihantar ke Rumah Panjang Jampang untuk urusan pengebumia­n.

“Pasukan SAR melancarka­n operasi mencari mangsa selepas menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung yang melihat mangsa disambar buaya ketika mandi bersama ibunya jam 6.30 petang.

“Jarak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian mengambil masa dua jam dan perlu menggunaka­n jalan sungai,” katanya.

Farhan berkata, operasi SAR yang dijalankan bersama pasukan polis Marudi ditamatkan sepenuhnya jam 12 tengah hari.

Kematian Agnes itu adalah kejadian kedua berlaku dalam tempoh tiga hari di Sarawak selepas seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu ketika keluar mencari kayu api ditemui mati akibat serangan buaya di Sungai Selayar Batang Paloh, Sibu.

Mayat lelaki itu ditemui kelmarin dalam keadaan menyayat hati apabila separuh badannya hilang dipercayai diserang buaya itu.

„ Remaja perempuan ditemui mati dengan kesan gigitan buaya di Sungai Tapang Peking Baram

 ??  ?? KEADAAN badan mangsa yang sempurna ditemui dua
kilometer dari tempat mangsa disambar buaya.
KEADAAN badan mangsa yang sempurna ditemui dua kilometer dari tempat mangsa disambar buaya.
 ??  ?? KESAN gigitan buaya pada tubuh mangsa.
KESAN gigitan buaya pada tubuh mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia