Harian Metro

‘Harap anak tak diejek lagi’

-

Pasir Gudang: “Kalau anak saya boleh bersekolah, tidak ada lagi ejekan ‘bodoh’ diterimany­a selepas ini,” kata Norhidayah S Berry D, 25, berkongsi kegembiraa­nya selepas menerima bantuan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mendaftark­an sijil kelahiran tiga anaknya.

Dia yang ditemui di bangsal kecil di kaki lima kedai di Jalan Suria, Seri Alam di sini, bersyukur dengan bantuan itu selepas menahan telinga mendengar cemuhan terhadap anaknya itu.

“Bagi mengelak anak buta huruf dan sering diherdik, saya berusaha mengajar mereka mengenal huruf walaupun tidak secara formal seperti di sekolah.

“Saya harap impian mereka ke sekolah tercapai dan mengubah nasib diri,” katanya selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Kehidupan daif dan nasib malang pasangan suami isteri bersama lima anak mereka mendapat perhatian apabila kisah mereka menjadi bualan selepas episod sedih tersiar di akhbar ini, kelmarin.

Norhidayah S dan suaminya Al Daser Julasiri, 35, menerima pelbagai bantuan termasuk daripada Normala yang mengunjugi mereka di tepi kedai di Jalan Suria 67, Bandar Seri Alam.

“Hari ini kami bantu urus sijil kelahiran, sijil perkahwina­n dan kad pengenalan keluarga malang ini.

“Saya difahamkan mereka berkahwin secara adat dan tidak daftar di pejabat agama. Disebabkan masalah itu juga ada antara anak mereka tiada sijil kelahiran,” katanya.

Selain bantuan itu pihaknya juga membuat permohonan kepada Yayasan Pasir Gudang (YPG) bagi membantu mendapat kediaman lebih selesa.

“Mereka sudah lama menetap di sini, tetapi di kawasan perkampung­an dan ketinggala­n dari segi pengurusan selain sering berpindah randah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya meneliti keperluan utama termasuk bantuan lima kanak-kanak malang itu.

“Kelima-lima anak pasangan itu iaitu Nurul Wahida, 9; Ainur Izaty, 8; Mohamad Nazriy, 6; Nurul Syazwani, 4 dan Mohamad Nizhar Alif, lapan bulan, layak menerima bantuan RM450 sebulan selama setahun sehingga kedudukan mereka stabil.

“Walaupun mereka daif tetapi tidak terabai, jadi kita bantu memastikan mereka dapat ke sekolah,” katanya.

Ketua Masyarakat Sabah, Ibrahim Taib turut menjelaska­n segelintir masyarakat Sabah di sini, kurang berkemampu­an dan masih mengamalka­n perkahwina­n adat.

“Ada masyarakat Sabah berdepan masalah sama dengan keluarga ini berikutan tidak mampu, selain mengamalka­n budaya bernikah dengan cara adat,” katanya.

 ??  ?? MANAYI (kiri) Normala (dua kiri) dan Ibrahim (kanan) meneliti dokumen Norhidayah (tengah) dan Al Daser (dua kanan) di tepi kedai di Jalan Suria 67 Bandar Seri Alam.
MANAYI (kiri) Normala (dua kiri) dan Ibrahim (kanan) meneliti dokumen Norhidayah (tengah) dan Al Daser (dua kanan) di tepi kedai di Jalan Suria 67 Bandar Seri Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia